Sungai Tekala merupakan salah satu destinasi pelancongan di daerah Hulu Langat, Selangor.

Sungai Tekala

Air Terjun Sungai Tekala sunting

Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.

Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

Selain air terjun Sungai Tekala, terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :

  1. Kolam Air Panas Sungai Lalang
  2. Air Terjun Sungai Gabai
  3. Air Terjun Sungai Batangsi.

Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :

  • Gerai menjual makanan dan minuman
  • Surau
  • Bilik persalinan
  • Tempat berteduh
  • Tong sampah

Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang.

Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :

  1. Meranti
  2. Meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
  3. Meranti tembaga ( shorea leprosula )
  4. Penarahan ( myristieaceae )
  5. Keruing mempelas ( diptrocarpus crinitus )
  6. semaian pokok petai
  7. Durian
  8. Jering.

Di negeri Selangor terdapat 183, 329 hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan 23 % sahaja dari kawasan tanahnya.

Hutan lipur sunting

Berikut adalah nama pokok-pokok yang terdapat di Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala.

  1. Kasai (Pometia spp.)
  2. Kasai daun besar (Pometia pinnata)
  3. Terentang (Campnoosperma spp.)
  4. Medang
  5. Jelawai jaha (Terminalia subspathulata)
  6. Keruing (Diptrocarpus spp.)
  7. Keledang tampang bulu
  8. Kelat (Syzygium spp.)
  9. Cempedak (Artocarpus kemando)
  10. Kenanga (Cananga odorata)
  11. Kembang semangkuk (Serphium spp.)
  12. Balik angin (Mallotus spp.)
  13. Durian kampung (Durio ziberthinus)
  14. Terap nasi (Artocarpus elasticus)
  15. Meranti pa'ang (Shorea bracteolata)
  16. Meranti tembaga (Shorea loprosula)
  17. Meranti melantai
  18. Meranti rambai daun (Shorea acuminate)
  19. Meranti nemesu (Shorea pauciflora)
  20. Meranti kepung (Shorea ovalis)
  21. Meranti sarang punai bukit
  22. Damar hitam bulu (Shorea longisperma)
  23. Damar hitam pipit (Shorea multiflora)
  24. Kedondong (Dacryodes spp.)
  25. Kedondong sengkuang (Seutinanthe brunnea)
  26. Kedondong kerantai licin (Santiria leevigata)
  27. Leban (Vitex spp.)
  28. Merbau (Linisia palembanica)
  29. Melunak (Pentace spp.)
  30. Ara (Ficus spp.)
  31. Merawan siput jantan (Hopea odorata)
  32. Gapis (Saraca spp.)
  33. Mahang (Macaranga spp.)
  34. Bayur bukit (Lithocarpus spp.)
  35. Penarahan (Horsfieldia spp.)