Sungai Terengganu (Jawi: سوڠاي ترڠݢانو, Terengganu: Sunga Tranung) ialah sebatang sungai yang terletak di negeri Terengganu di Pantai Timur Malaysia.[2] Puncanya adalah dari Banjaran Pantai Timur.

Sungai Terengganu
Sunga Tranung
Lokasi
NegaraMalaysia
Ciri-ciri fizikal
MuaraKuala Terengganu
Panjang65 km[1]
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Berang
 • kananSungai Nerus, Sungai Telemong

Ranting sungai ini, Sungai Kenyir dijadikan tasik buatan manusia yang diberi nama Tasik Kenyir.[3]

Geografi umum (جيوݢرافي عموم)

sunting

Panjang Sungai Terengganu dari muara ke Empangan Kenyir adalah kira-kira 65km. Antara cabang sungai utama Sungai Terengganu ialah Sungai Nerus, Sungai Telemong, Sungai Berang dan Sungai Tersat (yang mengalir ke Sungai Berang). Luas lembangan Sungai Terengganu ialah sekitar 5000 km² dan purata tadahan hujan tahunan ialah sekitar 3300mm.[4]

Lembah sungai ini merupakan pusat penempatan utama di Terengganu.

Penempatan-penempatan di tebing Sungai Terengganu

sunting

Tebing kiri (dari muara)

sunting
  • Bandaraya Kuala Terengganu (کوالا ترڠݢانو)
  • Pulau Kambing (ڤولاو کمبيڠ)
  • Hiliran (هيليرن)
  • Chabang Tiga (چابڠ تيݢ)
  • Losong (لوسوڠ)
  • Paloh (ڤالوه)
  • Pulau Rusa (ڤولاو روسا)
  • Kuala Bedah (کوالا بده)
  • Kuala Bekah (کوالا بکه)
  • Pulau Musang (ڤولاو موسڠ)
  • Sungai Rengas / Serengas (سوڠاي رڠس / سرڠس)
  • Beladau Selat (بلاداو سلت)
  • Banggol Cempedak (بڠݢول چمڤدق)
  • Serada (سرادا)
  • Pulau Manis {Serada} (ڤولاو مانيس {سرادا})
  • Tanjung Ketom (تنجوڠ کتوم)
  • Tiruk (تيروق)
  • Pasir Tinggi (ڤاسير تيڠݢي)
  • Pantai Ali (ڤنتاي علي)
  • Tanjung Aur (تنجوڠ اءور)
  • Tapu (تاڤو)
  • Tanggol (تڠݢول)
  • Kuala Kejir (کوالا کجير)
  • Tok Bintang (توء بينتڠ)
  • Pulau Kudat (ڤولاو کودت)
  • Langgar (لڠݢر)
  • Pekan Kuala Berang (کوالا براڠ)
  • Kuala Por (کوالا ڤور)
  • Pasir Nering (ڤاسير نريڠ)
  • Kampung Dusun (کمڤوڠ دوسون)

Tebing kanan (dari muara)

sunting
  • Seberang Takir (سبرڠ تاکير)
  • Kampung Leban (کمڤوڠ لبن)
  • Seberang Bukit Tumbuh (سبرڠ بوکيت تومبوه)
  • Seberang Tuan Chik (سبرڠ توان چيء)
  • Teluk Pasu (تلوق ڤاسو)
  • Sekati (سکاتي)
  • Pekan Manir (مانير)
  • Teluk Menara (تلوق منارا)
  • Pasir Tebakang (ڤاسير تباکڠ)
  • Beladau Kolam (بلاداو کولم)
  • Padang Macang (ڤادڠ ماچڠ)
  • Pulau Bahagia (ڤولاو بهاݢيا)
  • Peradong (ڤرادوڠ)
  • Batu Hampar (باتو همڤر)
  • Pulau Manis {Manir} (ڤولاو مانيس {مانير})
  • Pekan Kuala Telemong (کوالا تلموڠ)
  • Mesah (مسه)
  • Chepoh (چڤوه)
  • Getang (ݢتڠ)
  • Nasi Dingin (ناسي ديڠين)
  • Sungai Ular (سوڠاي اولر)
  • Binjai Kertas (بينجاي قرتس)
  • Kuala Akob (کوالا اکوب)
  • Tajin (تاجين)
  • Telaga / Teluk Balai (تلاݢ / تلوق بالاي)
  • Gaung (ݢاءوڠ)
  • Temir (تمير)
  • Tanjung Baru (تنجوڠ بارو)
  • Bidor (بيدور)
  • Pueh / Kuala Pueh (ڤوءيه / کوالا ڤوءيه)
  • Dura / Kuala Dura (دورا / کوالا دورا)
  • Jenagor (جناݢور)

Di atas pulau

sunting
  • Pulau Duyong (ڤولاو دويوڠ)
  • Pulau Sekati (ڤولاو سکاتي)

Jeram Kelemang (جرم کلمڠ)

sunting

Dahulu, di Sungai Terengganu selepas Jenagor (berhampiran Empangan Kenyir kini) terdapat sebuah jeram besar yang dinamakan Jeram Kelemang. Jeram ini memisahkan lembangan Sungai Terengganu kepada dua bahagian; bahagian hilir jeram (Jenagor dan semua kawasan ke hilir) dan bahagian hulu jeram, di mana dahulunya terdapat penempatan-penempatan seperti Belimbing dan Pasir Berching. Hugh Clifford dalam pengembaraannya ke Terengganu pada tahun 1896 memasuki Terengganu dari belah hulu ini, dan menurut beliau, pada waktu itu penduduk lembah Terengganu berjumlah sekitar 45,000 orang; hanya 500 orang daripadanya tinggal ke hulu dari Jeram Kelemang dan selebihnya tinggal ke hilir dari Jeram Kelemang.[5]

Jambatan-jambatan di sepanjang Sungai Terengganu

sunting

Terdapat beberapa buah jambatan seperti Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati yang merentangi sungai ini. Jambatan Pulau Sekati mula dibuka pada 29 Mei 2017.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ Profil Daerah - Daerah Kuala Terengganu (PDF), JPS Kuala Terengganu, m/s. 28, diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2020-10-01
  2. ^ "Seasonal Hypoxia Occurrence At Terengganu Estuary, Malaysia And its Potential Formation Mechanisms". IOP Conference Series Materials Science and Engineering. Dicapai pada 14 Jul 2025.
  3. ^ (Inggeris) "History". kenyirlake.com. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  4. ^ "A Preliminary Study of Water Quality Index in Terengganu River Basin, Malaysia" (PDF). ResearchGate. Januari 2015. Dicapai pada 14 Jul 2025.
  5. ^ Clifford, Hugh (1897). "A Journey through the Malay States of Trengganu and Kelantan". The Geographical Journal. 9 (1): 1–37. doi:10.2307/1773641. ISSN 0016-7398.
  6. ^ Rosalinda Md.Said (29 Mei 2017). "Jambatan Pulau Sekati laluan Losong-Pulau Sekati mula dibuka hari ini". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 9 November 2017.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.