Sungai Tiber
Sungai Tiber (/ˈtaɪbər/, Latin: Tiberis ;[1] Itali: Tevere[2]) ialah suatu sungai yang mengalir sepanjang bahagian tengah semenanjung Itali dari kawasan pergunungan Emilia-Romagna 406 kilometer (252 bt) melalui Toscana, Umbria dan Lazio sebelum bersambung ke sungai Aniene ke Laut Tyrrhenia terletak antara Ostia dan Fiumicino.[3]
Tiber Tevere (Itali) | |
---|---|
Nama asal | Tevere, Tiberis |
Lokasi | |
Negara | Itali |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | Gunung Fumaiolo |
• ketinggian | 1,268 m (4,160 ka) |
Muara | Laut Tyrrhenian |
• lokasi | Laut Tyrrhenia |
Panjang | 406 km (252 bt) |
Saiz lembangan | 17,375 km2 (6,709 bt2) |
Aliran | |
• purata | 239 m3/s (8,400 ka3/s)[perlu rujukan] (in Rome) |
Ia sungai ketiga terpanjang di seluruh Itali. Ia turut merupakan sungai terpenting dalam sejarah ketamadunan negara itu khususnya sebagai jalan dan sumber air penting kota Roma di tebing timur sungai tersebut.
Geografi
suntingSungai ini dipuncakan dua mata air bernama "Le Vene" dalam suatu hutan pokok bic di kaki Gunung Fumaiolo yang berketinggian 1,268 meter (4,160 ka) dari paras laut.[4] Kedua-dua mata air itu sendirinya berjarak 10 meter (33 ka) antara satu sama lain.[4]
Lembangan saliran sungai ini meliputi keluasan sekitar 17,375 kilometer persegi (6,709 bt2).
Hubungan dengan manusia
suntingKota Roma dipercayai tertubuh dari tempat Romulus dan Remus diselamatkan dan disusukan seekor serigala betina, Lupa.[5] Titik mula penubuhan kota ini terletak di Ostia, 25 kilometer jauh di tebing sungai tersebut seawal 753 SM. Ia sendirinya merupakan sempadan semula jadi antara puak-puak mendiami kawasan sama: puak Etrusci di tebing selatan, puak Sabini di bahagian timur dan puak Latini di kawasan selatan.
Sungai ini turut menjadi laluan perdagangan utama sejauh 100 kilometer menghulu dari bijirin (sepertimana dicatat abad ke-5 SM tetapi juga batu-bata, balak dan makanan antara Roma dan bandar-bandar sejalan.
Rujukan
sunting- ^ Richard J. A. Talbert, penyunting (2000). Barrington Atlas of the Greek and Roman World: Map-By-Map Directory. I. Princeton, NJ and Oxford, UK: Princeton University Press. m/s. 630. ISBN 0691049459.
- ^ (dalam bahasa Itali) Dizionario d'ortografia e di pronunzia
- ^ "Lazio – Latium". Life in Italy. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 200.
- ^ a b "Tiber Springs – Mount Fumaiolo". turismo.fc.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013. Dicapai pada 23 Februari 2019.
- ^ Moore, Malcolm (21 November 2007). "The legend of Romulus and Remus". Telegrpah (dalam bahasa Inggeris). Telegraph Media Group Limited. Dicapai pada 23 Februari 2019.