Sungai Wak

sungai di Sarawak, Malaysia

Sungai Wak (Jawi: سوڠاي وق; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Wak) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Wak merupakan sungai dalam Bahagian Mukah, iaitu bahagian di utara negeri Sarawak.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungai Wak
Sungei Wak
Sungai Wak is located in Bumi
Sungai Wak
Sungai Wak (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan perhutanan di timur laut Kampung Kelaup, Mukah
 • ketinggian10–12 meter (32.8–39.4 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan petempatan manusia di Kampung Kelaup, Mukah
 • koordinat
2°54′05″N 112°08′04″E / 2.90128°N 112.13448°E / 2.90128; 112.13448Koordinat: 2°54′05″N 112°08′04″E / 2.90128°N 112.13448°E / 2.90128; 112.13448
 • ketinggian
4 meter (13.1 ka)
Panjang0.74 kilometer (0.5 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sejarah sunting

Rekod nama bagi Sungai Wak didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Wak yang telah direkodkan terletak di 2°54′N 112°08′E / 2.900°N 112.133°E / 2.900; 112.133 (Sungai Wak).[6][7] Sungei Wak merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini iaitu Sungai Wak sebelum tahun 1972.[5][6]

Ciri-ciri fizikal sunting

Punca sungai bagi Sungai Wak terletak di dalam kawasan perhutanan primer di bahagian timur laut Kampung Kelaup, iaitu sebuah kampung di Daerah Mukah. Ketinggian sumber bagi Sungai Wak ialah diantara 10–12 meter (32.8–39.4 ka) dari paras laut. Di kawasan perkampungan kecil Kampung Kelaup, Jalan Mukah–Kampung Jebungan bakal merentasi Sungai Wak. Di kawasan yang sama, Sungai Wak bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah di ketinggian 4 meter (13.1 ka) dari paras laut.[1][2][5] Sungai Wak yang mempunyai panjang kira-kira 0.74 kilometer (0.5 bt) kebanyakanya mengalir ke muara di Batang Mukah dengan pergerakan ke arah selatan.[1][2]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Wak merupakan sungai terletak dalam sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian muka bumi yang dilakukan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Wak.[8] Kawasan lembah Sungai Wak dilitupi dengan kawasan perhutanan dan petempatan manusia.[1][8]

Lihat juga sunting

  • Sungai Kelaup, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tas, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b c "Sungai Wak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.