Sungai Warta (Bahasa Poland: Warta, Poland: [ˈvarta] ( dengar); Bahasa Jerman: Warthe; Bahasa Latin: Varta) adalah suatu sungai mencabang dari sungai Oder yang terletak di tengah-tengah Poland. Ia adalah sungai terpanjang kedua terletak di dalam sempadan negara tersebut dengan panjang lebih kurang 808.2 kilometer (502.2 bt) serta sungai ketiga terpanjang dari segi jumlah panjang. [1] Lembangan ia berkeluasan sebanyak 54,529 kilometer persegi (21,054 bt2);[1] ia boleh dilayari dari Kostrzyn nad Odrą ke Konin, kira-kira separuh dari panjangnya. [2] Ia dihubungkan ke sungai Vistula melalui Sungai Noteć dan Terusan Bydgoszcz (Kanał Bydgoski ) berhampiran bandar Bydgoszcz.

Sungai Warta
Warta
Wartakw.jpg
SUnga Warta berdekatan Wronki
Warta (rivière).png
CountryPoland
Ciri-ciri fizikal
Punca utamaKromołów, sebahagian Zawiercie,
Kraków-Częstochowa Upland
380 m (1,250 ka)
MuaraSungai Oder di Kostrzyn
52°35′55″N 14°36′37″E / 52.5986°N 14.6103°E / 52.5986; 14.6103Koordinat: 52°35′55″N 14°36′37″E / 52.5986°N 14.6103°E / 52.5986; 14.6103
Panjang808.2 km (502.2 bt)
Luahan
  • Kadar luahan purata:
    195 m3/s (6,900 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanTemplat:ROder
Keluasan lembangan54,529 km2 (21,054 bt2)

Lembangan yang mengelilingi sungai ini diketahui sebagai tempat asal suatu cabang suku Slav Barat iaitu orang Polan (Bahasa Poland: Polanie) menetap di tempat ini antara abad-abad ke-6 dan 8, orang-orang ini dianggap leluhur kepada bangsa Poland yang wujud pada hari ini.

RujukanSunting