Sungai Yarra
Sungai Yarra (bahasa Inggeris: Yarra River) merupakan sebuah sungai di sebelah selatan Victoria, Australia. Sungai ini dikenali dengan nama Birrarung oleh suku Wurundjeri yang menghuni lembah Yarra sebelum kedatangan bangsa Eropah. Sungai ini mengalir melalui pusat bandar Melbourne dan mempunyai panjang sekitar 240 km. Sungai ini bersumber dari serangkaian rawa-rawa di sebelah timur plato Baw Baw, sebuah taman hutan yang lebat dan mengalir hingga Teluk Port Phillip, di mana terletak pelabuhan tersibuk Melbourne.