Sungei Perak Hilir (kawasan persekutuan)

Sungei Perak Hilir ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi mukim Mukim Belanja, Bota, Lalang-Lalang dan Lambor di Daerah Kuala Kangsar dan Mukim Pulau Tiga, Pasir Salak, Kampong Gajah, Pasir Panjang Ulu, Bandar, Kota Setia, Labu Kubong, Sungai Durian dan Sungai Manik di Daerah Hilir Perak.[1]

Sungei Perak Hilir
Kawasan pilihan raya  Perak Darul Ridzuan
Kawasan pilihan raya diwujudkan1955
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1959
Kali pertama dipertandingkan1955
Kali terakhir dipertandingkan1959
Demografi
Populasi (1954)[1]70,800
Pemilih (1955)26,038

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Sungei Perak Hilir ialah Abdul Aziz Bin Haji Mat Jabar dari Parti Perikatan (PERIKATAN).

SejarahSunting

Kawasan Sungei Perak Hilir telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Hilir Perak dan Parit. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Sungei Perak Hilir. Mereka ialah Abdul Aziz Bin Haji Mat Jabar dari Parti Perikatan, Meor Ahmad Yusoof dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), dan Mohd Dahan Katib dari parti bebas.[4] Abdul Aziz telah menang dan telah menewaskan dua calon lainn dengan mendapatkan undian sebanyak 17,483.[3]

Sejarah perwakilanSunting

Ahli Parlimen untuk Sungei Perak Ulu
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1955-1959 Abdul Aziz Bin Haji Mat Jabar Perikatan (UMNO) 17,484 12,689
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Hilir Perak dan Parit.

Keputusan pilihan rayaSunting

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Abdul Aziz Bin Haji Mat Jabar 17,483 77,6 N/A
Bebas Mohd Dahan Katib 264 1.2 N/A
NAP Meor Ahmad Yusof 4,794 27.3 N/A
Jumlah undian sah 22,541 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 26,038
Majoriti 12,689
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

RujukanSunting

  1. ^ a b "Malaya in 52 parts for the polls" [Tanah Melayu dalam 52 bahagian untuk pilihan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 24 Jun 1954. m/s. 1. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b c "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  4. ^ a b "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luarSunting