Supa Strikas Futbol Club biasanya disebut sebagai Supa Strikas dan dikenali sebagai Supa Strikas , adalah kelab bola sepak profesional Afrika Selatan yang berpusat di Johannesburg, Afrika Selatan, yang bertanding di Super League, liga teratas bola sepak Antarabangsa.

Supa Strikas
Nama penuhSupa Strikas Futbol Club
StadiumStrikaland
(Kapasiti: 80.000)
PengerusiPengerusi
PengurusDavid Ledige
LigaSuper League
Super LeagueSuper League, tempat ke-1
Tapak sesawangLaman kelab
https://www.google.com/search?sca_esv=601943063&q=supa+strikas+jersey&tbm=isch&source=lnms&sa=X&ved=2ahUKEwjmkvOY-fyDAxWqyjgGHUqkBCgQ0pQJegQIDRAB&biw=1920&bih=957&dpr=1#imgrc=DoZUz76RxWsgsM
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Moonburg Entertainment, kelab ini telah memenangi Super League sebanyak 5 kali . Supa Strikas juga pernah memenangi piala sebanyak 3 kali .

Skuad Semasa sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Big Bo
2 FW   Klaus
3 DF   Rizo
4 DF   Eagle Eye
6 DF   Griz
7 FW   Cool Joe
8 DF   North Shaw
9 MF   Dancing Rasta (Kapten)
10 FW   Shakes
11 MF   Skarra
13 MF   Noah Murdoch
16 MF   Twisting Tiger
18 MF   Chuck T.Chippenson
19 FW   Aldo
No. Pos. Negara Pemain
20 FW   El Matador
23 MF   Lankey
24 GK   De Los Santos
28 FW   Miko Chen
30 DF   Johann Uber
55 DF   Blok

Watak sunting

Pasukan Supa Strikas sunting

"Coach"
Jurulatih kepada pasukan Strikas yang tegas melatih anak-anak didiknya kerana hendak memastikan nama Supa Strikas sentiasa di tangga teratas. Dia pernah menjadi pemain pasukan ini bersama Jomo, bapa kepada Shakes.[1]
Dancing Rasta (9)
Kapten Supa Strikas yang mengambil posisi pemadang yang pandai membaca dan mengagak setiap gerakan serta disifatkan bermain gemalai sekali sehingga kelihatan menari di atas padang. Dia ialah seorang pengikut Rastafarianisme yang mendukung keamanan dunia.[2]
El Matador (20)
Penyerang yang panas baran dan suka menghiburkan peminat dengan gerakannya di atas padang. Satu-satunya pemain bercermin mata ketika beraksi ini juga berbakat dalam masakan dan tarian salsa.[3] Nama El Matador dipetik dari istilah matador iaitu pelawan lembu tradisi Sepanyol.
North Shaw (8)
Penghadang yang terkenal kerana tandukan Kepala Kupu-Kupu. Dia juga gemar meluncur air di laut dan bermain yo-yo dan foosball. Dia juga mempunyai sebuah kedai kecil di pantai di mana dia menjual cenderahati seperti rantai siput dan gitar kapuk.[4]
Shakes (10) (Shegs dalam versi Nigeria[5])
Ahli termuda pasukan Supa Strikas yang mengambil posisi penyerang. Dia mewarisi jersi nombor 10 dari bapanya Jomo. Kemunculannya sebagai pemain Supa Strikas membuat para peminat terasa seolah-olah keajaiban Jomo kembali beraksi. Shakes pernah berkawan dengan seorang bernama Skarra yang kini bermain untuk Invincible United.[6]
The Blok (55)
Pemain pertahanan ini adalah pemain terbesar di kalangan pasukannya yang lahir di "negara tersejuk di dunia." Perwatakannya yang suka berdiam menyorok kekuatannya yang sebenar. The Blok ini sukar diatasi kerana saiznya sama dengan dua orang lelaki.[7]
Twisting Tiger (16)
Pemadang yang terkenal kerana rambut pacak merah berbentuk api menyala serta percakapannya yang pantas. Dialah pemain termahal yang pernah dibeli kelab Supa Strikas. Para peminat mengulas dia bermain dengan hati.[8]
Big Bo (1)
Penjaga gol Supa Strikas yang terkenal kerana gerakan "selaman tangan labah-labah" ketika mempertahankan gawang. Pemain tertinggi dalam pasukan ini sukar ditandingi kehebatannya.[9]
Cool Joe (7)
Pemadang sayap kiri yang bergelar "The Crossing King" kerana gerakan "The King's Cross" iaitu melintas dengan kaki kakinya. Dia yang berambut gebu ala retro ini gemar bermain muzik dan memiliki sebuah kelab malam.[10]

Lain-lain sunting

Skarra
Seorang penyerang Invincible United.Dia juga bekas kawan baik Shakes,penyerang Supa Strikas sejak kecil lagi.
Chuck T. Chipperson
Seorang penyerang FC Teahnicali.Rupanya macam harus bendul.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting