S. Chanturu

(Dilencongkan dari Suppiah Chanturu)

Chanturu a / l Suppiah (lahir 14 Disember 1987) adalah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai pemain sayap kanan untuk Sarawak United

S. Chanturu
Maklumat peribadi
Nama penuh Chanturu a/l Suppiah
Tarikh lahir (1987-12-14) 14 Disember 1987 (umur 36)
Tempat lahir Kulim, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.68 m (5 ka ​6 18 in)
Posisi permainan Pemain sayap kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sarawak United
Nombor 27
Kerjaya remaja
2007 Telekom Malaysia FC
2008 Kuala Lumpur
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2010 Pulau Pinang 6 (1)
2010–2012 Kelantan 46 (10)
2013 Perak 3 (0)
2013–2014 Sarawak 21 (6)
2015–2018 Johor Darul Ta'zim 31 (3)
2018–Melaka United (pinjaman) 15 (0)
Pasukan kebangsaan
2010 Malaysia B-23 3 (2)
2012–2016 Malaysia 13 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 Mac 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Mac 2016

Kerjaya sunting

Chanturu dilahirkan pada 14 Disember 1987 di Kulim, Kedah tetapi tidak pernah beraksi bersama pasukan Kedah FA sebagai pemain bola sepak professional. Dia memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak pada tahun 2007 dengan pasukan Piala Presiden Pulau Pinang sewaktu berusia 19 tahun. Kemudian dia diserapkan untuk beraksi bersama pasukan utama setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Sewaktu perlawanan Liga Super 2009 antara pasukan Pulau Pinang bertemu Kelantan FA, persembahan yang ditunjukkan oleh Chanturu telah memikat hati jurulatih Kelantan FA ketika itu, B. Sathianathan untuk membawa Chanturu ke skuadnya. Pada musim 2010, dia telah secara rasmi menandatangi kontrak bersama Kelantan FA. Bersama Kelantan, dia telah memenangi Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011, Piala Liga Super 2011, Piala FA 2012, Piala Liga Super 2012 dan Piala Malaysia 2012. Sewaktu di Kelantan, beliau telah digelar "Kelantan Express" oleh penyokong The Red Warriors itu.

Antarabangsa sunting

Chanturu juga merupakan pemain kebangsaan Malaysia dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal sejak 2010. Dia telah bermain sewaktu perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura.

Pencapaian sunting

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2010 Liga Super Malaysia   Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Juara
Piala FA   Kelantan FA Naib Juara
Liga Super Malaysia   Kelantan FA Juara (Format Liga)
2012 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Naib Juara
Piala FA   Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia   Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara

Anugerah sunting

Chanturu menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 pada 11 November 2012. [1]

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting