Suppiluliuma II, anak Tudhaliya IV, ialah raja terakhir yang diketahui dari Kerajaan Baru bagi Kerajaan Het. Beliau memerintah pada sekitar 1207–1178 SM, dan sezaman dengan Tukulti-Ninurta I dari Kerajaan Pertengahan Asyur.

Suppiluliuma II
Ukiran timbul Suppiluliuma II di Hattusa
PangkatRaja Het
PendahuluArnuwanda III
Ibu bapaTudhaliya IV
Pangsa 2 dibina dan dipahat tulis oleh Suppiliuma II di Hattusa

Riwayat hidup dan zaman pemerintahan sunting

Pada tahun 1210 SM, sebuah armada di bawah pengetuannya mengalahkan kapal negeri Kiprus, dan merupakan pertempuran laut pertama dalam sejarah.[1] Menurut sesetengah sejarawan (Claude Schaeffer, Horst Nowacki, Wolfgang Lefèvre), ia dan dua kemenangan berikutan menentang Kiprus mungkin dimenangi dengan menggunakan kapal-kapal Ugarit.[2]

Beliau ada disebut dalam dua inskripsi berhieroglif Luwi. Ia berdua mencatat perang menentang bekas negeri lindungan Tarhuntasya, serta Alasyia di Kiprus. Sebuah inskripsi ditemui di tapak Nisantepe di Kota Hulu Hattusa; satu lagi di sudut utara Tasik Timur (Tasik 1), yang dikenali sebagai Pangsa 2. Ia bertindak sebagai sebuah tangki simpanan air untuk Hattusa.

Ukiran pada pangsa 2 amat penting untuk sejarah kerana ia mencatatkan ketidakstabilan politik yang menghantui bangsa Het semasa pemerintahan Suppiluliuma. Ia mengatakan bahawa raja ini menjarah kota Tarhutasya yang merupakan sebuah kota dalam kerajaan Het dan pernah menjadi ibu negeri kerajaan tersebut semasa pemerintahan Muwatalli II.

Bangsa Laut telah bermula mara ke selatan persisiran Laut Mediterranean, bermula dari Laut Aegea, hingga ke Kanaan, ibu negeri asal Filistia—merampas Kilikia dan Kiprus dari tangan Het yang sedang kemari dan memutuskn haluan perdagangan yang mereka impikan. Menurut laporan dari Ugarit, mereka berasal dari barat, dan raja Het meminta pertolongan dari Ugarit.

"Musuh [memara(?)] menentang kami dan tiada bilangan [...]. Nombor kami suci(?) [. . .] Apa sahaja yang ada, carikan dan hantar kepada saya."[3]

Suppiluliuma II kemungkinan ialah raja yang meninggalkan ibu kota Hattusa,[4] menyebabkan berakhirnya kerajaan Het. Sesetengah sumber berkata pengakhiran Suppiluliuma II tidak diketahui atau dia "lenyap" begitu sahaja,[2] sementara itu ada yang mendakwa beliau dibunuh sewaktu penjarahan Hattusa pada tahun 1190 SM.[5]

Selepas kejatuhan kerajaan Suppiluliuma, bangsa Kaska mungkin juga mengambil alih pemerintahan bangsa Hatti. Hattusa pula musnah dibakar, dan tapaknya digunakan sebagai kubu kota oleh orang Frigia kira-kira 500 tahun kemudian. Kuzi-Teshub, seorang pemerintah Karkemisy, kemudian menggelar dirinya "Raja Agung" kerana beliau ialah keturunan Suppiluliuma I.[6]

Lihat juga sunting

 

Rujukan sunting

  1. ^ Battle at Sea: 3,000 Years of Naval Warfare. R. G. Grant. 2008. Diakses 2 April 2020
  2. ^ a b Horst Nowacki, Wolfgang Lefèvre Creating Shapes in Civil and Naval Architecture: A Cross-Disciplinary Comparison BRILL, 2009 ISBN 9004173455 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "naval" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ trans Astour, AJA 69 (1965), m/s 256
  4. ^ Jürgen Seeher, (2001), Die Zerstörung der Stadt Hattusa, in G. Wilhelm, 623–34.
  5. ^ Robert Drews The Coming of the Greeks: Indo-European Conquests in the Aegean and the Near East Princeton University Press, 1994 ISBN 0691029512.
  6. ^ Trevor Bryce, The Kingdom of the Hittites, Oxford University Press, 2005, m/s 345.

Bibliografi sunting

  • Astour, AJA 69 (1965).
  • Güterbock, JNES 26 (1967), 73-81.

Pautan luar sunting

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
{{{before}}}Arnuwanda III|width="40%" style="text-align: center; padding:2px 12px;" rowspan="1"|Raja Het
s. 1207–1178 SM
Kerajaan jatuh