Surah Al-Lahab (Arab: سورة اللهب) adalah surat ke-111 dalam Al-Quran. Surat ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Fath. Nama Al-Lahab diambil dari kata Al-Lahab yang terdapat pada ayat ketiga surat ini yang ertinya gejolak api, dan merujuk pada Abu Lahab. Surat ini juga dinamakan Surah Al-Masad (سورة المسد, sabut).

  Surah 111 dalam al-Quranul Karim  
سورة لهب
Al-Lahab
Gejolak Api
Arabic Holy Quran (14mb).pdf
---- Teks Arab · Terjemahan bahasa Melayu
PengklasifikasianMakkiyah
Nama surah alternatifسورة المسد‎
Nama-nama surah lainAl-Masad
Kedudukan surahJuz 30
BahagianSurah
Struktur5 ayat, 29 kalimah, 81 huruf

Surah ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. memulakan dakwah secara terbuka kepada semua penduduk Makkah dengan memanggil mereka berhimpun di Bukit Safa, sekitar tahun 613 M. Abu Lahab dengan segera mengutuk baginda.[1]

Isi kandungan sunting

Cerita Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tidak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya yang dilakukan di dunia dan dia bersama isterinya akan binasa di dalam neraka selama-lamanya.

Terjemahan ayat sunting

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
  2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
  3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
  4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
  5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Rujukan sunting

  1. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 82–83.

Pautan luar sunting


Surah Sebelumnya:
Surah An-Nasr
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Ikhlas
Surah 111