Buka menu utama

Surah Al-Mu'min (سورة المؤمن) atau Surah Ghafir (سورة غافر) adalah surah ke-40 dalam Al-Quran, kitab suci agama Islam. Surah ini terdiri atas 85 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah yang diturunkan sesudah Surah Az-Zumar ini dinamakan Al-Mu'min (Orang yang beriman), berhubung dengan kata mukmin yang terdapat pada ayat 28 surah ini. Dinamakan pula Ghafir (yang mengampuni) diambil dari ayat ke-3 surah ini. Pada ayat ke-28 diterangkan bahawa salah seorang dari kaum Fir'aun telah beriman kepada Nabi Musa. Dengan menyembunyikan imannya kepada kaumnya, setelah mendengar keterangan dan melihat mukjizat yang dikemukakan oleh Nabi Musa.

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Isi kandunganSunting

  1. Keimanan: Sifat-sifat malaikat yang memikul 'Arsy dan yang berada di sekitarnya; dalil-dalil yang menunjukkan kekuasaan Allah, sifat-sifat Allah yang menunjukkan kebesaran dan keagungan-Nya; ilmu Allah meliputi segala sesuatu; bukti-bukti yang menunjukkan adanya hari berbangkit.
  2. Kisah: Kisah Musa dengan Fir'aun.
  3. Lain-lain: Al Quran dan sikap orang-orang mukmin dan orang-orang kafir terhadapnya; permohonan orang-orang kafir supaya dikeluarkan dari neraka; peringatan kepada orang-orang musyrik tentang kedahsyatan hari kiamat; anjuran bersabar dalam menghadapi kaum musyrikin; nikmat-nikmat Allah yang terdapat di daratan dan lautan; janji Rasulullah bahawa orang-orang mukmin akan menang terhadap musuhnya.

RujukanSunting

Mukaddimah Al Qur'an terjemahan Depag Republik Indonesia

Pautan luarSunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Az-Zumar
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Fussilat
Surah 40