Buka menu utama

Surah Al-Mumtahanah (Bahasa Arab: سورة الممتحنة‎) ialah surah ke-60 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri atas 13 ayat. Dinamakan Al Mumtahanah yang bererti Wanita yang diuji di ambil dari kata "Famtahinuuhunna" yang bererti maka ujilah mereka, yang terdapat pada ayat 10 surat ini.

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Sejarah pewahyuanSunting

Menurut ajaran Islam, surah al-Mumtahanah ialah surah Madaniyah, iaitu surah yang diwahyukan selepas hijrah Nabi Muhammad ke Madinah. Menurut The Study Quran, pewahyuan ini kemungkinan berlaku pasa satu ketika selepas tahun ke-6 selepas hijrah (H) atau 628M. Menurut beberapa pengulas, ayat pertama diwahyukan ketika pembukaan Kota Mekah pada 8H (Januari 630M).[1]

Kronologi Mesir tradisional meletak surah ini sebagai surah yang ke-91 mengikut susunan pewahyuan (selepas Surah At-Tur), manakala Nöldeke Chronology (oleh orientalis Theodor Nöldeke) meletak surah ini sebagai surah yang ke-110.[2]

Isi kandunganSunting

Hukum-hukumSunting

  • Larangan mengadakan hubungan persahabatan dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam, sedang dengan orang-orang kafir yang tidak memusuhi Islam boleh mengadakan persahabatan
  • Hukum perkawinan bagi orang-orang yang pindah agama

Kisah-kisahSunting

  • Kisah Nabi Ibrahim a.s. bersama kaumnya sebagai contoh dan teladan bagi orang-orang mukmin

RujukanSunting

  1. ^ The Study Quran, m/s. 1358.
  2. ^ Ernst 2011, m/s. 40.

Pautan LuarSunting