Surah As-Sajdah (سورة السجدة) adalah surat ke-32 dalam Al Qur'an, kitab suci agama Islam. Surat ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Al-Mu’minun. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surat ini terdapat ayat sajdah (sujud), iaitu ayat yang kelima belas.

Isi kandungan

sunting
  1. Keimanan: Menyatakan bahawa Nabi Muhammad itu benar-benar seorang rasul dan menjelaskan bahawa kepada musyrik Mekah belum pernah diutus seorang rasulpun sebelumnya; menegaskan bahawa Allah Maha Esa, bahawa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; menyatakan bahawa hari berbangkit benar-benar akan terjadi.
  2. Hukum: Anjuran melakukan sembahyang malam (tahajjud dan witir).
  3. Dan lain-lain: Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang mukmin di dunia dan nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.

Rujukan

sunting

Mukaddimah terjemahan Al-Quran versi Depag Republik Indonesia

Pautan luar

sunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Luqman
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Ahzab
Surah 32