Surah Saad (سورة ص) adalah surah ke-38 dalam Al-Quran (kitab suci agama Islam). Surah yang terdiri atas 88 ayat ini termasuk golongan surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah Surah Al-Qamar. Dinamai dengan Saad kerana surah ini dimulai dengan huruf Shaad.

Isi kandungan

sunting
  1. Keimanan: Dalil-dalil tentang kenabian Muhammad s.a.w., iaitu bahawa dia mengetahui hal-hal yang hanya dapat diketahui dengan jalan wahyu; sumpah iblis untuk menyesatkan manusia seluruhnya kecuali hamba- hamba Allah yang ikhlas; Al Quran diturunkan untuk menjadi pelajaran bagi jin dan manusia seluruhnya.
  2. Kisah-kisah: Kisah Daud a.s. dan kisah Sulaiman a.s.; kisah Ayyub a.s.
  3. Dan lain-lain: Kaum musyrikin tercengang mendengar pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. bahwa Allah adalah Maha Esa; rahsia yang terdapat pada kejadian alam; pertengkaran antara orang-orang yang sesat dan pengikut mereka di neraka; nikmat-nikmat yang dilimpahkan kepada penduduk syurga dan azab yang ditimpakan atas isi neraka.

Rujukan

sunting

Mukaddimah terjemahan Al Qur'an versi Depag RI

Pautan luar

sunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah As-Saaffat
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Az-Zumar
Surah 38