Surah Saba' (سورة سبأ) adalah surah yang ke-34 dalam kitab suci Al-Quran. Surah ini telah diturunkan di Makkah, ia mengandungi 54 ayat. Ia dinamakan surah Saba' kerana kandungannya ada menceritakan tentang perihal penduduk Saba' (Yaman Tua), kisah penduduk Saba' ini diceritakan oleh Allah pada ayat 15 sehingga 21.

Isi kandungan

sunting

Pada awal surah ini, Allah telah menegaskan bahawa segala segala puji tertentu adalah bagiNya kerana Dialah Yang Menciptakan dan Menguasai Seluruh Alam, dan Dialah Yang Maha Melimpah NikmatNya dan RahmatNya kepada sekalian makhlukNya dalam alam kehidupan ini, dan Yang Maha Melimpah NikmatNya dan RahmatNya kepada orang-orang yang beriman dan taat pada hari Akhirat.

Setelah menolak fahaman kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW dan yang tidak percayakan kedatangan hari Kiamat, dan setelah menerangkan keistimewaan-keistimewaan yang telah diberikan kepada Nabi-Nabi terdahulu. Maka Allah Taala memberi amaran kepada golongan musyrik itu, sekiranya mereka masih berdegil dengan kekufurannya, maka mereka akan dibinasakan sebagaimana penduduk negeri Saba'(Yaman Tua) yang telah dibinasakan kerana mereka kufur ingkar.

Kemudian Allah SWT menunjukkan firmanNya kepada Nabi Muhammad SAW, dan menerangkan bahawa Baginda(Muhammad)adalah diutus kepada umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman, dan pemberi peringatan kepada orang-orang yang ingkar.

Sebagai penutup di akhir Surah ini, Allah SWT menggambarkan keadaan orang-orang yang bersalah pada hari Kiamat. Mereka kelihatan cemas takut dan gerun gementar apabila menyaksikan azab sengsara yang disediakan oleh Allah untuk mereka. Semasa mereka diseret untuk menerima balasan dari Allah (atas perbuatan jahat mereka), mereka berkata "Kami sekarang beriman...." tetapi pengakuan mereka demikian tidak ada gunanya, kerana tempat beriman ialah di dunia, sedang (pada waktu itu) mereka telah terpisah dari dunia yang fana (tidak terus berkekalan) dan tidak mungkin mereka dapat kembali lagi melainkan dengan izin Allah.

Tema Surah

sunting

Menyerah diri kepada Allah ketika berdepan dengan kesulitan.

Pautan luar

sunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Ahzab
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Faatir
Surah 34