Surah Yusuf (سورة يوسف) adalah surah ke-12 dalam Al-Quran dan terdiri atas 111 ayat. Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana menitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. . Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat . Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail bahawa segolongan orang Yahudi memeluk agama Islam selepas mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini kerana ia sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita nabi Yusuf a.s. ini, Nabi Muhammad s.a.w. mengambil unsur pengajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.

Isi kandungan sunting

  1. Keimanan: Kenabian Yusuf a.s. dan mukjizat-mukjizatnya; ketentuan yang berhubungan dengan keagamaan adalah hak Allah semata-mata; qadak Allah tak dapat diubah; para rasul semuanya lelaki.
  2. Hukum-hukum: Keharusan merahsiakan sesuatu untuk menghindari fitnah; barang dan anak temuan wajib dipelihara dan tidak boleh dibiarkan; boleh melakukan helah yang tidak merugikan orang lain untuk memperoleh sesuatu kemaslahatan.
  3. Kisah-kisah: Riwayat Nabi Yusuf a.s. bersaudara dengan orang tua mereka Yaakub a.s.
  4. Dan lain-lain: Beberapa unsur teladan yang mulia yang dapat diambil dari cerita Yusuf a.s: persamaan antara agama para nabi ialah tauhid.

Pautan luar sunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Hud
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Ar-Ra’d
Surah 12