Suria Records
Suria Records (juga dikenali sebagai SRC) ialah sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan pada 1970 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu daripada syarikat rakaman terbesar di Malaysia. Nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim dan New Boyz telah merakamkan suara mereka di syarikat rakaman ini.[1] Artis Indonesia seperti Rossa, Kumpulan Ungu, Deddy Dores (almarhum), Inka Christie, Nike Ardilla (almarhum), Poppy Mercury (almarhum), Nicky Astria, Broery Marantika (almarhum), Dewi Yull, Iwan Fals, dan sebagainya. Anak syarikat penerbitan dan pengedaran lagunya ialah Suwah Enterprise Publishing dan telah mempunyai ratusan album dan lagu di dalam katalognya.
Suria Records | |
---|---|
![]() | |
Syarikat induk | Suwah Enterprise |
Diasaskan | 1970 |
Status | Aktif |
Label edaran | Suwah Enterprise Publishing |
Genre | Pelbagai |
Negara asal | Malaysia |
Lokasi | No. 40, Jalan Kaskas (2), Taman Cheras, 56100, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tapak web rasmi | suriarecords |
Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[2]
ArtisSunting
Artis dalam MalaysiaSunting
- Siti Nurhaliza (1995-2005)[3]
- Noraniza Idris (1997-2003)
- Liza Hanim (1996-2004)
- 2 by 2
- Mazleela
- Sofaz (2004-2011)
- Handy Black
- Kumpulan Res 2
- Saidatul Erma (2004-2009)
- Anis Suraya (1998-2003)
- Ayie
- New Boyz (1998-2006)
- Lips (2006-2008)
- Indah Ruhaila (2008-2009)
- Natasha
- Nita (2007-2008)
- Asha Malik
- Nurhaida
- Aqasha
- Firdaus
- X-Pose
- Wani Kayrie (2015-2019)[4]
- Syuhada Amin
- Yoyo
- Putera Muhammad
- Zahid Baharudin
- Lawa Nie Geng (2015-kini)
Artis luar negaraSunting
Suria Records turut menguruskan kerjaya artis Indonesia di Malaysia melalui kerjasama dengan syarikat rakaman Indonesia, Trinity Optima Production dan Aquarius Musikindo.
RujukanSunting
- ^ Suria Records berjaya lahirkan artis popular Utusan Malaysia (23 Jun 1999). Diperoleh pada 17 Jun 2009.
- ^ RIM: Members Diarkibkan 2018-04-09 di Wayback Machine Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Diperoleh pada 17 Jun 2012.
- ^ "Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman". Bintang Popular – Berita Minggu. Digital Collections DC5: Cross Search. 14 Jun 2009. Dicapai pada 16 Jun 2011.
- ^ Sasaran Wani Kayrie Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Disember 2015.
Pautan luarSunting
- Suria Records di Facebook
- Suria Records di Instagram
- Suria Records di Twitter
- Saluran Suria Records di Dailymotion
- Saluran Suria Records di YouTube
Rencana berkaitan syarikat dan perbadanan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |