Suriani Abdullah
Suriani Abdullah atau Eng Ming Ching (23 Januari 1924 – 20 Mac 2013) merupakan seorang wanita komunis yang berpengaruh di Tanah Melayu semasa zaman darurat. Beliau merupakan seorang pejuang wanita yang unggul dan bercita-cita tinggi untuk menegakkan keadilan masyarakat dan kemerdekaan negara.
BiografiSunting
Suriani Abdullah dilahirkan pada 23 Januari 1924 di Sitiawan, Perak dengan nama Eng Ming Ching. Beliau telah diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan dalam keluarga Ling Chi Kang disebabkan oleh pegangan adat dan kepercayaan Cina. Pada usia 5 tahun, beliau memulakan pelajarannnya di sebuah sekolah dasar Sitiwan sebelum meneruskan pelajarannya ke Sekolah Tinggi Nan Hwa bersama setiausaha agung PKM, Chin Peng. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Perempuan Methodist, Ipoh dan mengambil kursus perguruan.
Keluarga Suriani Abdullah amat mementingkan pendidikan. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan arif dalam bidang kokurikulum serta pelajaran sepanjang persekolahannya.
Beliau telah berkahwin dengan Abdullah C.D dalam bulan Februari 1955.[1]
Penglibatan dalam Parti Komunis MalayaSunting
Propaganda komunis mula tersebar di Sekolah Menengah Nan Hwa pada tahun 1937. Gerakan komunis menentang pendudukan Jepun mendapat sambutan yang hangat dan progresif daripada pelajar-pelajar di situ. Suriani Abdullah mula melibatkan diri dalam komunis menerusi propaganda yang tersebar dan Persatuan Pelajar Membantu Tiongkok Melawan Jepun.
Beliau menyertai pergerakan bawah tanah PKM pada tahun 1940 ketika berumur 16 tahun. Dalam kalangan PKM, beliau dikenali sebagai 'wanita besi'. Beliau merupakan penyusun golongan pekerja wanita di Lembah Kinta sebelum menyertai kumpulan gerila anti-fasis Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Pada 1975, beliau menjadi anggota yang terpilih jawatankuasa pusat PKM.[2]
Suriani merupakan seorang wanita yang berpengaruh dalam Perang Anti-British, Perang Anti-Jepun dan Rejimen ke-10.
Meninggal duniaSunting
Beliau meninggal dunia di kediamannya di Narathiwat, Thailand pada pukul kira-kira 6 pagi ketika berumur 89 tahun. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Karisma dengan suaminya.[2]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Abdullah CD(2005), Memoir Abdullah CD: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, SIRD
- ^ a b Loone, Susan (21 Mac 2013). "Bekas pemimpin PKM Suriani Abdullah meninggal dunia". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 23 November 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan); Unknown parameter|subscription=
ignored (bantuan)
BukuSunting
- Suriani Abdullah (2006), "Setengah Abad Dalam Perjuangan Memori Suriani Abdullah", Strategic Information Research Development