Yang Berbahagia Datuk Suriani Ahmad (lahir 25 Julai 1968) ialah seorang penjawat awam dalam Kerajaan Malaysia yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM), berkuat kuasa 3 November 2017.[1] Perlantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita termuda yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) dalam jabatan kerajaan. Suriani ialah KSU keempat dalam kalangan wanita dilantik bagi jawatan berkenaan.[2]


Suriani Ahmad
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Memegang jawatan
3 November 2017
Perdana Menteri
Menteri
Didahului olehRose Lena Lazemi
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Memegang jawatan
1 Julai 2019
Perdana Menteri
Menteri
Butiran peribadi
Lahir (1968-07-25) 25 Julai 1968 (umur 52)
Kangar, Perlis, Malaysia
Anak-anak3
ProfesionPenjawat awam

Berkelulusan dalam Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Strategi dan Diplomasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[2] Suriani memulakan kerjaya profesionalnya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di mana beliau bekerja sebagai Penyuntinh Eksekutif setelah menamatkan ijazah pada tahun 1993.[3] Beliau pernah bertugas di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang sama.[2] Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).[2] Beliau pernah memegang jawatan pengarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Pada 1 Julai 2019, Suriani telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).[4]

AnugerahSunting

  • Anugerah Pekerja Contoh (2005) disampaikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri[5]

RujukanSunting

  1. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (1 November 2017). "Suriani Ahmad dilantik KSU". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
  2. ^ a b c d Halina Mohd Noor (24 Februari 2018). "Suriani KSU wanita termuda". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2019.
  3. ^ Organizational structure: Yang Berbahagia Dato’ Suriani Ahmad Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dicapai pada 29 April 2020.
  4. ^ "Suriani mula tugas Ketua Setiausaha KKMM yang baharu". Berita Harian. 1 Julai 2019. Dicapai pada 21 April 2020.
  5. ^ Hamizatun Maizan Mohamed (17 Julai 2019). "Anggun di usia 51, Dato' Suriani KSU Kememterian Komunikasi dan Multimedia yang baharu". Nona. Dicapai pada 21 April 2020.

Pautan luarSunting