Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan MCMC ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. MCMC juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan dalam talian yang semakin berkait rapat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
MCMC Logo.png
Logo dengan singkatan bahasa Inggeris MCMC yang digunapakai sejak tahun 2020.[a]
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 November 1998; 22 tahun yang lalu (1998-11-01)
Agensi terdahulu
  • Jabatan Telekom Malaysia
Ibu pejabatMCMC HQ Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.
Eksekutif agensi
  • Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tapak webwww.skmm.gov.my

Visi & MisiSunting

VisiSunting

Mewujudkan suatu industri komunikasi dan multimedia yang berdaya saing, cekap dan kian mengawal selia kendiri yang menjana pertumbuhan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial negara.

Misi

MCMC komited untuk:

  • Menggalakkan capaian kepada perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi dan multimedia;
  • Memastikan para pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan;
  • Menyediakan proses pengawalseliaan yang telus bagi menjana persaingan yang sihat dan adil dalam industri;
  • Memastikan penggunaan optima bagi spektrum dan penomboran; dan
  • Mengadakan perundingan dengan pengguna dan penyelia perkhidmatan secara lazim serta memudah usaha sama dalam industri.

Ahli-ahli SuruhanjayaSunting

PengerusiSunting

Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek  ( bermula 10 Jun 2020 )

Ahli Suruhanjaya (Mewakili Kerajaan)Sunting

  • YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek
  • YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan

Ahli Suruhanjaya (Bukan Kerajaan)Sunting

  • YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias
  • YBhg. Datuk Seri Tajuddin Atan
  • YBrs. Prof Dr Tharek Abd Rahman
  • YBrs. Mr. Chew Liong Kim
  • YBrs. Dr. Zaidi Razak

Program & InisiatifSunting

  • Moratorium MCMC Mengenai Pelesenan Baharu Perkhidmatan Kurier: Moratorium dua (2) tahun untuk pengeluaran lesen perkhidmatan kurier akan membantu mengurangkan kebanjiran syarikat kurier ke dalam industri sehingga September 2022. Moratorium MCMC berkuat kuasa dari 14 September 2020 sehingga 15 September 2022. Satu pelan bertindak baharu melalui Makmal Industri Kurier dan Pos Negara (NPCIL) sedang dirancang untuk menyokong aspirasi pembangunan strategik industri pos dan kurier yang baharu, dan akan dilaporkan dan diterbitkan pada hujung November.
  • Transformasi Pusat Internet Komuniti (PIK): MCMC memperkasakan 1,064 Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara sebagai pusat transformasi digital untuk komuniti setempat terutamanya generasi muda. Sesi latihan asas dan lanjutan mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) disediakan. Antara skop yang diberikan perhatian ialah pengaturacaraan, aplikasi robotik, inovasi aplikasi mudah alih, keusahawanan e-dagang, animasi, produksi video, percetakan 3D, dan bentuk-bentuk latihan lain yang mungkin memanfaatkan generasi muda untuk belajar, berinovasi dan memperbaiki diri.
  • WSIS Prizes 2020 untuk program ‘Klik Dengan Bijak’: MCMC telah diumumkan sebagai Project Champion menerusi projek “Klik Dengan Bijak” untuk kategori “Ethical Dimensions of the Information Society”. Kategori berkenaan merupakan antara 17 lagi yang bersaing dalam Forum World Summit on the Information Society Prizes (WSIS) 2020 yang berlangsung di Geneva, Switzerland.
  • MCMC dan MyCC Bekerjasama Tangani Isu Perjanjian Eksklusif di Bangunan Tinggi: MCMC dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah bekerjasama dalam menangani isu perjanjian eksklusif antara syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan pemaju hartanah atau syarikat pengurusan bangunan di bangunan tinggi serta kompleks kediaman, susulan beberapa aduan daripada orang awam. “Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi, (GPP-I)’’ telah diterbitkan untuk memudahkan perancangan dan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di dalam pembangunan hartanah baharu. Langkah ini akan membawa manfaat jangka panjang kepada pengguna akhir yang mana mereka boleh memilih penyedia perkhidmatan berpandukan kepada harga yang berpatutan ataupun kualiti perkhidmatan mereka.
  • MCMC Mengendalikan 99.83% Aduan Separuh Pertama Tahun 2020: Sebanyak 99.83% daripada 11,235 aduan berkaitan dengan jenayah siber telah diselesaikan pada suku pertama tahun 2020. 18% daripada aduan telah dirujuk kepada pihak penyedia platform media sosial untuk tindakan susulan, manakala baki aduan selebihnya sebanyak 1.27% atau bersamaan dengan 143 aduan, didapati telah melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
  • Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN): Diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020, Pakej PRIHATIN merupakan pakej rangsangan ekonomi terbesar dalam sejarah negara. Beberapa pakej dengan kerjasama pelbagai syarikat telekomunikasi dianggarkan bernilai RM1 bilion, termasuk usaha-usaha meningkatkan rangkaian telekomunikasi serta langganan Internet secara percuma, telah ditawarkan.
  • Akaun Telegram Rasmi Sebenarnya.my: Sebuah saluran Telegram rasmi untuk portal Sebenarnya.my telah diwujudkan bagi mempertingkat usaha untuk menangani penyebaran berita palsu di media sosial termasuk pandemik COVID-19.
  • Dekoder myFreeview Percuma untuk B40 Yang Layak dan Orang Kurang Upaya (OKU): MCMC mengumumkan, golongan isi rumah B40 yang berdaftar dan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara adalah layak untuk menerima dekoder myFreeview. Sejumlah 3,000 dekoder myFreeview telah diedarkan di Sabah dari 20 hingga 22 Februari 2020. Peruntukan tambahan untuk dekoder percuma ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan dalam merapatkan jurang digital dan membantu golongan yang kurang bernasib baik di seluruh negara.
  • Pelancaran 5GDP Malaysia di Langkawi: Satu kolaborasi dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dalam menguji keupayaan, kemungkinan dan keterbatasan perkongsian rangkaian 5G antara pelbagai penyedia perkhidmatan rangkaian semasa tempoh 5GDP dan telah mencerminkan sinergi antara penyedia rangkaian mudah alih dan tetap dalam menyampaikan solusi kesalinghubungan 5G.
  • Inisiatif ID Digital Nasional: Inisiatif ID Digital Nasional bertujuan untuk memajukan Malaysia ke era siber. Ia merupakan satu kaedah lebih maju dalam mengesahkan identiti seseorang pengguna dalam talian dan kaedah berkenaan adalah selamat, terjamin dan dilindungi. ID Digital Nasional tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan. Sebaliknya, ia adalah pelengkap kepada bentuk pengenalan ketika melakukan transaksi secara digital. Ia juga merupakan satu langkah kritikal dalam peralihan masyarakat kepada bidang digital dan ia mesti dilaksanakan menerusi satu kerangka dasar yang berpaksikan rakyat.

CatatanSunting

  1. ^ Biarpun logo 1998 dengan dua singkatan telah dihentikan penggunaannya pada 2014, logo lama masih kelihatan dalam kebanyakan kegunaan lain.

Pautan luarSunting