Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ialah badan pengawalseliaan kebangsaan untuk industri air dan pembentungan untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ia beroperasi di bawah kerangka perundangan yang ditentukan dalam Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).[2][3]

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
SPAN
SPAN
Intisari agensi
Dibentuk15 Mac 2007; 17 tahun yang lalu (2007-03-15)
Ibu pejabatCyberjaya, Selangor, Malaysia
KakitanganKerajaan Persekutuan
Menteri bertanggungjawab
  • Fadillah Yusof, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia
Laman sesawang
www.span.gov.my

Latar belakang sunting

Dalam satu sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005, Parlimen Malaysia meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak yang masih di bawah pengurusan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Lembaga Air Kuching (KWB)). Pindaan diwartakan pada 10 Februari 2005 dan ia dikuatkuasakan pada 21 Mac 2005. Dengan pindaan itu, Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan tadahan air dan lembangan sungai.

Pada Pertengahan 2006, Parlimen Malaysia meluluskan dua undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Akta 654 menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas SPAN manakala Akta 655 memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal dan sosial serta perlindungan hak pengguna.

Visi dan misi sunting

  • Visi: Ke arah perkhidmatan bekalan air yang mampan, berdaya harap dan termampu untuk semua
  • Misi: Untuk mengawal selia industri perkhidmatan air melalui pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air yang adil, berkesan dan telus

Objektif sunting

  • Mewujudkan suatu struktur perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang telus dan bersepadu untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan dan cekap kepada pengguna;
  • Memastikan bekalan air yang tersedia ada dan berkekalan untuk jangka masa panjang termasuk pemuliharaan air;
  • Menyumbang kepada kekekalan alur air dan kawasan tadahan air;
  • Memudahkan kemajuan persaingan untuk menggalakkan ekonomi dan kecekapan dalam industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;
  • Menubuhkan suatu persekitaran pengawalseliaan yang memudahkan kekekalan keupayaan kewangan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan bagi jangka masa panjang;
  • Mengawal selia untuk faedah pengguna bagi jangka masa panjang;
  • Mengawal selia tarif dan memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan atas asas ekuiti;
  • Meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran melalui pengurusan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan yang berkesan dan cekap;
  • Menubuhkan suatu sistem kebertanggungjawapan dan pengelolaan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; dan
  • Mengawal selia keadaan selamat dan keselamatan sistem bekalan air dan sistem pembetungan.

Formulasi akta sunting

  • Bagi merealisasikan penglibatan holistik Kerajaan Persekutuan dalam perkhidmatan air, dua rang undang-undang telah diluluskan Parlimen pada Jun 2006 iaitu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air. Kedua-dua rang undang-undang ini diwartakan sebagai Akta pada Julai 2006 iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Akta SPAN, Akta 654) dan Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA, Akta 655)
  • Akta SPAN dikuatkuasakan pada Februari 2007 manakala WSIA atau AIPA dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008.

Fungsi sunting

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 menggariskan fungsi Suruhanjaya sebagaimana berikut:

  • Menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan melaksanakan dan memajukan objektif dasar kebangsaan itu;
  • Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
  • Memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dan memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi berkontrak dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan;
  • Menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri itu dan secara khususnya pengurangan air tidak terhasil melalui program jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang;
  • Menasihati Menteri tentang mekanisme yang adil dan cekap bagi menentukan tarif yang adil kepada kedua-dua pengguna dan pemegang lesen dan melaksanakan tarif yang telah ditetapkan melalui mekanisme dan alat yang sesuai;
  • Memastikan matlamat pembangunan Negara berkenaan dengan liputan, pembekalan dan akses kepada perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan tercapai;
  • Memastikan pengekalan kualiti air dan perkhidmatan pembetungan secara jangka panjang melalui pembangunan modal kerja yang berterusan;
  • Merumuskan dan melaksanakan rancangan supaya semua permintaan yang munasabah bagi perkhidmatan pembetungan dipenuhi dan melalui perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan, menyediakan suatu rancangan kawasan tadahan pembetungan yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembetungan yang baru dan langkah-langkah bagi pembaikan mana-mana sistem pembetungan yang sedia ada;
  • Menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
  • Menasihati Menteri secara amnya mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

Kuasa sunting

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan termasuklah;

  • Untuk menggunakan semua harta Suruhanjaya, alih dan tidak alih mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman;
  • Untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;
  • Untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya;
  • Untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
  • Untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan program pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya dengan patut dan berkesan;
  • Untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan
  • Untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

Garis Panduan sunting

Terdapat dua jenis lesen di bawah WSIA:

  • Pemilik-pemilik bagi satu sistem bekalan air awam atau pemilik satu pembetungan awam atau mereka yang beroperasi satu sistem bekalan air atau sistem pembetungan untuk tujuan menyediakan air dirawat atau perkhidmatan pembetungan pada awam perlu memohon untuk lessen individu yang akan dibenarkan oleh Menteri atas saranan oleh SPAN; dan
  • Pemilik-pemilik bagi satu sistem bekalan air swasta atau sistem pembetungan swasta atau mana-mana sebahagian dari sistem atau mereka yang beroperasi satu bekalan system air swasta, atau satu sistem pembetungan swasta untuk tujuan menyediakan air dirawat atau perkhidmatan pembetungan kepada empunya itu atau penduduk sebuah premis untuk penggunaan persendirian mereka hanya adalah diperlukan untuk memperolehi satu Kelas Lesen melalui pendaftaran yang akan diluluskan oleh Menteri berdasarkan kriteria umum tertentu

Di bawah beberapa jenis kategori lesen untuk diterbitkan seperti berikut:

  • Lesen Kemudahan - untuk mereka yang mempunyai satu bekalan sistem air, atau sistem pembentungan, dan / atau mana-mana sebahagian dari sistem;
  • Lesen Perkhidmatan - untuk mereka yang mempunyai satu sistem bekalan air atau sistem pembetungan dan / atau mana-mana bahagian bagi sistem-sistem; dan
  • Lesen Perkhidmatan - untuk mereka yang menjalankan, menyediakan dan / atau rekaan air lagi boleh didapati perkhidmatan bekalan atau perkhidmatan pembetungan.

Struktur perlesenan sunting

Jabatan sunting

Jabatan Kawal Selia Air sunting

  1. Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan
  2. Bahagian Perancangan Sumber
  3. Unit Kualiti Air

Jabatan Kawal Selia Pembetungan sunting

  1. Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan
  2. Bahagian Perancangan Kawalan Tadahan

Jabatan Kawal Selia Pasaran sunting

  1. Bahagian Pelesenan & Tarif
  2. Bahagian Pendakwaan
  3. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan

Perkhidmatan Sokongan sunting

  1. Bahagian Undang-Undang & Perkhidmatan Urusetia
  2. Bahagian Pembangunan Industri
  3. Bahagian Pengurusan Korporat
  4. Bahagian Pengauditan Industri Air
  5. Bahagian Khidmat Sokongan
  6. Bahagian Audit Dalaman & Integriti
  7. Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna
  8. Unit Kewangan
  9. Unit Modal Insan

Anggota suruhanjaya sunting

2022 sunting

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
# Pengerusi
Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli
# Ketua Pegawai Eksekutif
Dato’ Haji Ahmad Faizal bin Abdul Rahman
# Anggota Suruhanjaya
1 Dr. Ching Thoo a/l Kim
2 Datuk Mohd Razlan bin Muhammad Rafii
3 Ir. Dr. Haji Mohmad Asari bin Daud
4 Saizol bin Ismail
5 Johari bin Pawanchik
6 Dato’ Ir. Haji Sanusi bin Paijan Dato' Ir. Mohd Azmi bin Ismail
7 Ir. Yap Sin Chong Dato' Faiza binti Zulkifli
8 Mohd Shahir bin Mohd Adnan Ir Haji Mohd Haslin bin Haji Hassan
9 Lukman Sheriff bin Alias Iszuree bin Ibrahim
10 Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad Tuan Haji Abdul Rahman bin Othman

2020 sunting

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
# Pengerusi
Charles Anthony Santaigo[4] Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli[5]
# Ketua Pegawai Eksekutif
Dato’ Haji Ahmad Faizal bin Abdul Rahman
# Anggota Suruhanjaya
1 Hajah Azizah binti Ariffin[4] Hajah Azizah binti Ariffin[6]
2 Ir. Yap Sin Chong[4] Ir. Yap Sin Chong[6]
3 Dato’ Ir. Dr. Haji Abdul Rashid bin Maidin[4] Ir. Dr. Haji Mohmad Asari bin Daud[6]
4 Haji Sarajun Hoda bin Haji Abdul Hassan[4] Saizol bin Ismail[6]
5 Haji Abdul Halim bin Jantan[4] Johari bin Pawanchik[6]
6 Steven Choong Shiau Yoon[4] Mohd Shahir bin Mohd Adnan[6]
7 Dato’ Ir. Haji Sanusi bin Paijan[4] Dato’ Ir. Haji Sanusi bin Paijan[7]
8 Ir. V. Subramaniam[4] Lukman Sheriff bin Alias[7]
9 Faizal Parish bin Abdullah[4] Datuk Mohd Razlan bin Muhammad Rafii[7]
10 Dr. Gurdial Singh Nijar[4] Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad[7]

2019 sunting

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
# Pengerusi
Charles Anthony Santaigo
# Ketua Pegawai Eksekutif
Dato’ Mohd Ridhuan bin Ismail[8] Dato’ Haji Ahmad Faizal bin Abdul Rahman[9]
# Anggota Suruhanjaya
1 Hajah Azizah binti Ariffin
2 Prof. Dato’ Dr. Mohd Hamdan Haji Adnan[10] Dato’ Ir. Dr. Haji Abdul Rashid bin Maidin[11]
3 Datuk Suzannah Liaw Siew Yea[10] Haji Sarajun Hoda bin Haji Abdul Hassan[11]
4 Dato’ M. Santhananaban[10] Haji Abdul Halim bin Jantan[11]
5 Steven Choong Shiau Yoon[11]
6 Ir. V. Subramaniam[11]
7 Faizal Parish bin Abdullah[11]
8 Dr. Gurdial Singh Nijar[11]
9 Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh[12] Dato’ Ir. Haji Sanusi bin Paijan[13]
10 Ir. Yap Sin Chong[13]

2018 sunting

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
# Pengerusi
Datuk Liang Teck Meng[14] Charles Anthony Santaigo[15]
# Ketua Pegawai Eksekutif
Dato’ Mohd Ridhuan bin Ismail
# Anggota Suruhanjaya
1 Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh
2 Dato’ Ir. Lim Chow Hock
3 Datuk Suzannah Liaw Siew Yea
4 Prof. Dato’ Dr. Mohd Hamdan Haji Adnan
5 Dato’ M. Santhananaban
6 Dato’ Dr. Tan Yew Chong[16] Hajah Azizah binti Ariffin[17]
7 Datuk Dr. Bernard S. Maraat[18]
8 Puan Wong You Fong[18]
9 Datuk Sebastian Ting Chiew Yew[19]

2017 sunting

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
# Pengerusi
Datuk Liang Teck Meng
# Ketua Pegawai Eksekutif
Dato’ Mohd Ridhuan bin Ismail
# Anggota Suruhanjaya
1 Datuk Sebastian Ting Chiew Yew
2 Datuk Dr. Bernard S. Maraat
3 Dato’ Dr. Tan Yew Chong
4 Dato’ Ir. Lim Chow Hock
5 Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason[20] Dato’ M. Santhananaban[21]
6 Dato' Zulkifly bin Rafique[20] Prof. Dato’ Dr. Mohd Hamdan Haji Adnan[21]
7 Dato' Ir. Sonny Cheah Lai Shin[20] Datuk Suzannah Liaw Siew Yea[21]
8 Tan Sri Dato' Ir. Syed Muhammad Shahabudin[20] Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh[22]
9 Datuk Roger Tan Kor Mee[23] Puan Wong You Fong[22]
10 Dzulkifli bin Ahmad[24]

Rujukan sunting

  1. ^ Suhaila Shahrul Annuar (24 Mei 2019). "Ahmad Faizal CEO baharu SPAN". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  2. ^ "M'sia perlu pengurusan tegas sumber air". Malaysiakini. 19 Januari 2011. Dicapai pada 21 Mei 2019.
  3. ^ "SPAN jamin pengguna terima air terawat". Berita Harian. 18 April 2016. Dicapai pada 21 Mei 2017.
  4. ^ a b c d e f g h i j k hingga 10 April 2020
  5. ^ mulai 17 April 2020
  6. ^ a b c d e f mulai 22 April 2020
  7. ^ a b c d mulai 6 Mei 2020
  8. ^ hingga 28 Februari 2019
  9. ^ mulai 29 Mei 2019
  10. ^ a b c hingga 31 Mac 2019
  11. ^ a b c d e f g mulai 10 April 2019
  12. ^ hingga 30 September 2019
  13. ^ a b mulai 1 Disember 2019
  14. ^ hingga 27 April 2018
  15. ^ mulai 1 November 2018
  16. ^ hingga 31 Oktober 2018
  17. ^ mulai 1 Disember 2018
  18. ^ a b hingga 17 Disember 2018
  19. ^ hingga 30 April 2018
  20. ^ a b c d hingga 1 April 2017
  21. ^ a b c mulai 2 April 2017
  22. ^ a b mulai 1 Oktober 2017
  23. ^ hingga 31 Mei 2017
  24. ^ hingga 31 Julai 2017

Pautan luar sunting