Buka menu utama

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Tulisan Jawi: سوروهنجاي ڤرخدمتن عوام; singkatan: SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.Ketua Pengarah pertama dilantik adalah Tan Sri Abdul Rahim Bin Ali Bashah.[perlu rujukan]

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
سوروهنجاي ڤرخدمتن عوام
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.gif
Gambaran keseluruhan
Dibentuk31 Ogos 1957; 62 tahun yang lalu (1957-08-31)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya
Kakitangan483 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 37,491,400 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Zainal Rahim Seman, Pengerusi
  • Zoal Azha Yusof, Timbalan Pengerusi
  • Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha
Agensi indukParlimen Malaysia
Dokumen-dokumen penting
Tapak webwww.spa.gov.my

Antara berikut merupakan perkara yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:

Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

Pautan luarSunting