Surya Wonowidjojo (15 Ogos 1923 - 29 Ogos 1985) ialah seorang ahli perniagaan Indonesia.

Wonowidjojo, kadangkala disebut Wonowidjoyo, ialah seorang Cina Indonesia (Hokchia totok) yang diahirkan sebagai Tjoa Ing Hwie atau Tjoa Jien Hwie (Cina tradisional: 蔡雲輝Cina ringkas: 蔡云辉pinyin: Cài Yúnhuī;[1] Hokkien: Chhoà Ûn-hui) di Yinxi (音 西), Fuqing di Wilayah Fujian, China. Beliau ialah pengasas Gudang Garam , pengilang utama kretek Indonesia, dan bapa bilionair Rachman Halim.

Keluarga Wonowidjojo pertama kali berhijrah ke Sampang, Madura ketika Surya berumur empat tahun. Ketika bapanya meninggal, beliau berpindah ke Kediri, Jawa Timur di mana ia bekerja untuk bapa saudaranya yang merupakan pengilang kretek .

Wonowidjojo mengasaskan Gudang Garam di Kediri pada tahun 1958 dan menerajui syarikat itu sehingga menyerahkan kawalan kepada anaknya pada tahun 1984.

Catatan sunting

  1. ^ Leo Suryadinata. Prominent Indonesian Chinese: Biographical Sketches. Institute of Southeast Asian Studies, 1995.