Susan Lankester (lahir 30 Jun 1962) ialah seorang pelakon Malaysia[1] yang mula dikenali menerusi filem tahun 1983 berjudul Mekanik arahan Othman Hafsham di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4. Menerusi filem tersebut Susan cukup dikenali menerusi dialog "Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?" yang menjadi sebahagian daripada dialog filem popular. Beliau sekali lagi dicalonkan dan memenangi anugerah tersebut pada 1994 menerusi lakonan hebatnya sebagai ketua editor majalah wanita dalam filem Femina.
Susan Lankester |
---|
Kelahiran | (1962-06-30) 30 Jun 1962 (umur 61)
|
---|
Nama lain | Sue |
---|
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pengarah |
---|
Tahun aktif | 1983–kini |
---|
Watak komedinya dalam siri komedi 2+1 bersama Imuda pernah melayakkan beliau bertanding dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1993.[perlu rujukan]. Namun selepas kejayaan sitkom tersebut, Susan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada TV dan filem ekoran sering mendapat watak-watak yang klise. Beliau menumpukan kepada projek-projek teater dan perniagaan sendiri selama lebih 12 tahun. Pada tahun 2010, beliau membuat kemunculan membawakan watak Adeline Hunter Bertorgh dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima. Beliau juga muncul dalam sitkom bertemakan mokumentari berjudul Keluarga Iskandar memegang watak sebagai Kamariah Abdullah di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013. Disamping itu Susan juga pernah bergelar menyanyi, dan cukup popular menerusi kolaborasinya bersama SM Salim menerusi lagu "Dilema".
Beliau kini masih bergiat aktif dalam bidang seni, khususnya dalam menulis skrip untuk teater dan filem. Di samping itu, beliau juga memiliki perusaan dalam bidang hiasan dalaman dan lanskap.[2] Beliau juga berkebolehan bertutur dalam Bahasa Tamil dan Mandarin. [3]
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Catatan
|
---|
1983
|
Mekanik
|
Nina
|
Filem pertama
|
1988
|
Ujang
|
Tanya
|
|
1992
|
Nadia
|
Lynn Abdullah
|
|
1994
|
Femina
|
Anita
|
|
1996
|
Sutera Putih
|
Anida
|
|
2008
|
Susuk
|
Tetamu Konsert Suzana
|
|
2012
|
Relationship Status
|
Selina
|
|
War of the Worlds: Goliath
|
Christine Wells (suara)
|
|
2014
|
Balistik
|
Ketua Pengawai Susan
|
|
Take Me To Dinner
|
Jennifer
|
|
Manisnya Cinta Di Cappadoccia
|
Ibu Fredo
|
|
2016
|
Redha
|
Katrina
|
|
Taiping Adagio
|
Dr. De Souza
|
|
2017
|
Marathon
|
Alex
|
Filem pendek
|
2019
|
Shadowplay
|
Loise Numan
|
|
Ik, Mensenhandelaar
|
Greta
|
Filem pendek
|
2021
|
Proksi
|
Ms. Rose
|
|
2023
|
Rahsia
|
Datin Sri Mary Abdullah
|
Penampilan khas
|
Maryam Pagi Ke Malam
|
|
|
Wow+
|
|
Filem pendek
|
2024
|
Rain Town
|
|
Pos-produksi
|
Padu The Movie
|
|
Pos-produksi
|
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
---|
1986
|
Rumah Maut
|
|
TV1
|
|
1992
|
Tuan Brown
|
|
TV3
|
|
2018
|
Hari Terakhir Seorang Pengurus
|
Clarice
|
Astro Citra
|
|
Tahun
|
Tajuk
|
Sebagai
|
Saluran TV
|
Catatan
|
---|
1987
|
Hiburan Minggu Ini : Azlina Aziz (Bahagian 3: Suasana di Kelab Malam Tahun 50'an)
|
Artis Undangan
|
TV1
|
Beliau menyanyikan lagu "Jelingan Manja"
|
- Indah Kasorrga I (lagu tema drama Ringgit Kasorrga)[4]
- Cerita Hitam Putih (lagu dalam drama Ringgit Kasorrga)[4]
Anugerah dan pencalonan
sunting