Susan Sontag (16 Januari 1933 - 28 Disember 2004) merupakan cendiakawan, ahli falsafah, penulis novel, and pembikin filem dari Amerika Syarikat. Beliau juga terkenal sebagai akitivis politik dan untuk esei-eseinya, terutamanya karyanya "Notes on Camp" (1964), buku-buku non fiksinya Against Interpretation (1966), Styles of Radical Will (1968), On Photography (1977) dan Illness as Metaphor (1978), serta buku-buku fiksinya The Way We Live Now (1986), The Volcano Lover (1992), dan In America (1999).

Susan Sontag
Lahir(1933-01-16)16 Januari 1933
New York, Amerika Syarikat
Meninggal duniaDisember 28, 2004
PekerjaanPenulis, cendiakawan, pembikin filem
WarganegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
GenreFiksyen, esei, novel
Karya terkenalAgainst Interpretation, On Photography
PasanganPhillip Reiff (1950-1959) Annie Leibovitz (1989-2004)
Laman web
http://www.susansontag.com/index.shtml
Susan Sontag (1979)

Sontag sering menulis, bersuara tentang, dan menziarahi tempat-tempat yang memiliki konflik, termasuk ketika Perang Vietnam dan Pengepungan Sarajevo. Beliau juga sering menulis tentang fotografi, budaya dan media, AIDS dan penyakit-penyakit, hak manusia, dan ideologi sayap kiri. Esei-esei dan pidato-pidatonya mengundang kontroversi.[1] Beliau pernah digelar "satu daripada pengkritik-pengkritik yang paling berpengaruh dari generasinya".[2]

Latar belakang awal dan pendidikan sunting

Susan Sontag dilahirkan Susan Rosenblatt di bandaraya New York kepada Mildred (née Jacobson) dan Jack Rosenblatt, kedua-duanya Yahudi berketurunan Lithuania[3] dan Poland. Beliau membesar di Tucson, Arizona, Amerika Syarikat. Bapanya menguruskan perniagaan perdagangan bulu di Cina, di mana dia meninggal akibat tuberkulosis pada tahun 1939, ketika Sontag berusia lima tahun.[4] Tujuh tahun kemudian, ibu Sontag menikah kapten tentera A. S. Nathan Sontag. Susan dan adik tirinya Judith mengambil nama keluarga 'Sontag' walaupun mereka tidak diambil sebagai anak-anak angkat.[4] Sontag tidak dibesarkan dengan agama dan beliau menyatakan bahawa dia tidak menjejakkan kaki ke dalam sinagoga sehingga dia berusia pertengahan 20-an.[5]

Beliau mendapat pendidikan menengah di Los Angeles, California sebelum melanjutkan pendidikannya di Universiti California Berkeley dan kemudiannya di Universiti Chicago dalam bidang falsafah, sejarah tamadun awal, dan sastera.[6] Sewaktu menuntut di Chicago, Susan Sontag giat mempelajari karya falsafah Jerman. Antara pensyarahnya ialah Leo Strauss, Joseph Schwab, Christian Mackauer, Richard McKeon, Peter von Blanckenhagen dan Kenneth Burke. Beliau dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah dan dipilih sebagai ahli Phi Beta Kappa.[7] Seterusnya, beliau melanjut ke peringkat Doktor Falsafah dengan kajiannya dalam metafizik, falsafah Yunani, dan teologi di Universiti Harvard dan di Kolej St. Anne, Oxford.

Ketika Sontag di Universiti Chicago, beliau menghadiri kelas ahli sociologi Hans Heinrich Gerth dan bersahabat dengannya. Gerth mempengaruhi pelajaran beliau dalam bidang ahli falsafah Jerman.[8][9] Setelah menyelesaikan program ijazah Chicagonya, beliau mengajar Inggeris di Universiti Connecticut pada tahun akademik 1952-53. Kemudian, beliau melanjutkan sekolah sarjananya di Universiti Harvard, pada mulanya untuk membelajar sastera dengan Perry Miller dan Harry Levin. Namun, dia bertukar kursus ke falsafah dan teologi di bawah bimbingan Paul Tillich, Jacob Taubes, Raphael Demos and Morton White.[10] Selepas menerima ijazah sarjananya, beliau mula penyelidikan doktoran dalam metafizik, etika, falsafah Yunani, falsafah Continental serta teologi di Harvard.[11] Sontag menyelidik untuk kajian 1959 Phillip Rieff Freud: The Mind of the Moralist sebelum mereka bercerai pada tahun 1958. Sumbangan Sontag betapa mendalam sehingga beliau dianggap sebagai pengarang tidak rasmi bersama Rieff bagi kajian tersebut.[12]

Sontag dianugerahkan jabatan (ataupun "fellowship") di Kolej St. Anne, Oxford bagi tahun akademik 1957-58 oleh American Association of University Women.[13] Ketika di sana, beliau sekelas dengan Iris Murdoch, Stuart Hampshire, A. J. Ayer dan H. L. A. Hart sementara mengikuti seminar-seminar J. L. Austin dan ceramah-ceramah Isaiah Berlin. Namun, beliau kurang puas di Oxford dan berpindah ke Universiti Paris (Sorbonne). Beliau telah berkata bahawa masa seketika beliau di Paris merupakan waktu yang paling penting dalam hidupnya.[14]:51-52 Pada tahun 1959, dia berpindah kembali ke New York, mendapat semula hak penjagaan anak lelakinya[13] dan mengajar di universiti-universiti.

Keluarga dan butiran peribadi sunting

Ibu Sontag meninggal di Hawaii akibat penyakit barah peparu pada tahun 1986.[4]

Sewaktu umurnya masih 17 tahun, Susan Sontag berkahwin dengan Phillip Rieff, seorang penulis dan pensyarah di Universiti Chicago setelah hanya berpacaran selama sepuluh hari.[15] Perkahwinan mereka berlangsung selama 8 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, David. Anak beliau kelak menjadi penyunting di Farrer, Straus and Giroux serta menjadi penulis.

Selepas bercerai, Sontag bercinta dengan lelaki dan wanita. Hubungannya yang terakhir adalah bersama jurugambar Annie Leibovitz.

Susan Sontag meninggal dunia di bandaraya New York setelah komplikasi penyakit sindrom myelodysplastic berkembang menjadi leukemia myelogenous akut. Beliau dikebumikan di Cimetière du Montparnasse di Paris.[16] Beliau berusia 71 tahun ketika itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Wolfe, Tom (Oktober 31, 2000). Hooking Up. ISBN 978-0374103828.
  2. ^ "Susan Sontag", The New York Review of Books, diakses Disember 19, 2012.
  3. ^ "Susan Sontag Receives German Peace Prize, Criticizes U.S." DW.COM.
  4. ^ a b c Mackenzie, Suzie (Mei 27, 2000). "Finding fact from fiction". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai Disember 14, 2017.
  5. ^ "Susan Sontag | Jewish Women's Archive". Jwa.org. Dicapai Jun 13, 2012.
  6. ^ Susan Sontag http://www.susansontag.com/SusanSontag/index.shtml
  7. ^ "A Gluttonous Reader", Wawancara dengan M. McQuade dalam Poague, pp. 271–278.
  8. ^ Susan Sontag: Public Intellectual, Polymath, Provocatrice. Julai 7, 2008. Diarkib daripada versi asli pada November 7, 2021 – melalui YouTube.
  9. ^ Vidich, Arthur J. (2009). "First Years at The New School" (PDF). With a Critical Eye: An Intellectual and His Times. Knoxville, TN: Newfound Press. p. 370. ISBN 978-0979729249. Diarkib daripada versi asli (PDF) pada Disember 25, 2013.
  10. ^ Susan Sontag, 'Literature is Freedom' dalam At the Same Time, ed. P. Dilonardo dan A. Jump, Farrar, Straus dan Giroux, 2007, p. 206. Morton White, A Philosopher's Story, Pennsylvania University Press, 1999, p. 148. Rollyson dan Paddock, pp. 39–40 dan Daniel Horowitz "Consuming Pleasures: Intellectuals and Popular Culture in the Postwar World", University of Pennsylvania, 2012, p. 314.
  11. ^ "Putting her body on the line: the critical acts of Susan Sontag, Part I."
  12. ^ Rollyson, Carl; Paddock, Lisa (2000). Susan Sontag: The Making of Icon. New York: W. W. Norton & Company. pp. 40–41. ISBN 0-393-04928-0.
  13. ^ a b Sante, Luc. "Sontag: The Precocious Years", Sunday Book Review, The New York Times, Januari 29, 2009, diakses Disember 19, 2012.
  14. ^ Rollyson dan Paddock.
  15. ^ Sontag, Susan. Reborn: Journals and Notebooks 1947–1963, ed. D. Rieff, Farrar, Straus and Giroux, 2008, p. 144.
  16. ^ Wilson, Scott. Resting Places: The Burial Sites of More Than 14,000 Famous Persons, 3d ed.: 2 (Lokasi Kindle 44249). McFarland & Company, Inc., Publishers. Edisi Kindle.