Susuk (siri TV)
Susuk ialah tajuk bagi siri drama televisyen Malaysia pertama dalam slot Seram (Khamis, 9.30 malam) di TV3. Drama bersiri ini disiarkan sebanyak dua musim.
Susuk | |
---|---|
Genre | Seram Misteri Thriller |
Ditulis oleh | Akhbar Hashim |
Pengarah | Fairuz Loy |
Dibintangi oleh | Dynas Mokhtar Kazar Saisi Razali Hussain |
Lagu pembukaan | "Ke Pangkuanmu" nyanyian Shima |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 26 |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Seram) |
Siaran asal | 19 April 2007 – 18 Oktober 2007 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Anak Pontianak |
Sinopsis
suntingMusim 1
suntingSetelah mendapati suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain, Cinda yang sedang mengandung mengambil jalan keluar dengan bersusuk. Oleh itu, dia berjumpa dengan Dukun Degawan untuk menerima tujuh jenis susuk ke dalam badannya agar menjadi lebih cantik dan menawan. Bagaimanapun, Dukun Degawan menetapkan dua syarat kepada Cinda, iaitu Cinda tidak boleh bersembahyang sepanjang bersusuk, dan mesti menyerahkan anaknya kepada Dukun sebaik sahaja melahirkannya.
Susuk yang dipakai oleh Cinda nyata berkesan apabila suaminya kembali setia kepadanya, tetapi Cinda sendiri tidak sanggup melepaskan anaknya begitu sahaja, oleh itu dia perlu mencari jalan keluar dari urus janji yang dilakukannya bersama Dukun Degawan. Antara yang membantunya ialah Borhan, seorang wartawan yang tidak percaya dengan amalan susuk.
Musim 2
suntingFarouk dan Borhan mula berubah sejak peristiwa pertempuran mereka ketika menentang Degawan pada musim pertama. Borhan menjadi lebih pendiam, mengasingkan diri dan membuat keputusan untuk menjadi penulis novel sepenuh masa walaupun dia mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat. Degawan pula dibawa ke sebuah kawasan tersembunyi bagi menyelamatkan diri. Selepas pulih, Degawan terus merancang untuk mencari Cinda dan Noni yang juga kunci kepada kekuasaan dan kekayaan yang diburunya. Berita kematian Cinda menyebabkan kemunculan sepupu arwah suami Cinda, Akhbar untuk mencari Cinda kerana tidak percaya akan kematiannya. Pada masa yang sama Borhan terus diekori ASP Tuah sebelum dirinya mati terbunuh. Akhbar memburu Kamal, waris tunggal Degawan di sebuah kawasan pedalaman dan berjaya menemuinya.
Kamal yang ditemuinya adalah seorang yang warak dan jujur dan tidak mahu bercerita tentang keburukan Degawan. Tuah pula terus menyiasat hubungan Borhan dan Farouk bagi mengetahui punca yang menyebabkan kematian Borhan. Sementara, Farouk yang dalam perjalanannya mencari Adam dan Noni pula bertemu dengan pelbagai kejadian pelik. Malah berita kematian Cinda membuatkan Degawan mengamuk dan beliau perlu mencari pengganti Cinda bagi memenuhi rancangannya. Pengganti Cinda seorang wanita cantik bernama Maya yang hadir selepas menerima arahan dari Degawan.
Pelakon
suntingMusim 1
sunting- Dynas Mokhtar sebagai Cinda
- Kazar Saisi sebagai Dukun Dergawan
- Razali Hussain sebagai Borhan
- Shukery Hashim sebagai Pak Uda Ramelan
- Hafizuddin Fazil sebagai Pak Ali (episod 7-10)
- Shahrulzaman Kamaludin sebagai Farouk (episod 2-13)
- Hani Kausar sebagai Lisa (episod 2-4)
- Intan Azura sebagai Farah (episod 1)
Musim 2
sunting- Dynas Mokhtar sebagai Cinda
- Kazar Saisi sebagai Dukun Dergawan
- Zamarul Hisham sebagai Akhbar
- Julia Ziegler sebagai Noni
- Rozita Che Wan sebagai Maya
- Shahrulzaman Kamaludin sebagai Farouk
- Razali Hussain sebagai Borhan (watak dimatikan episod 1)
- Iqram Dinzly sebagai Shah
- Hafidzuddin Fazil sebagai Pak Ali
- Kamal Affandi Hashim sebagai ASP Tuah
- Mohd Azlan Kamiran sebagai Inspektor Rizal
Pelakon Undangan
Dalam drama Susuk 1-2 setiap episod akan mengundang pelakon undangan sepanjang dua musim antara jayakan seperti dibawah
Musim 1
- Ku Faridah
- Hamidah Wahab
- Nanu Baharudin
- Ahmad Tarmimi Siregar
- Mubarak Majid
- Azizah Mahzan
- Fiza Halim
- Jobot
- Eizlan Yusof
- Harun Salim Bachik
- Fahrin Ahmad
Musim 2
- Norseha
- Normah Damanhuri
- Noniswara
- Yalal Chin
- Zaidi Omar
- Azman Ahmad
- Norman Hakim
- Abby Abadi
- Que Haidar
- Khaty Fauziah
- Yana Samsudin (kredit episod kedua sebagai Norliana Samsudin)
- Ruslan Ahmad @ Bronko
- Haeriyanto Hassan