Sutan Takdir Alisyahbana

Sutan Takdir Alisyahbana (11 Februari 190817 Julai 1994; juga dieja sebagai Soetan Takdir Alisjahbana) ialah seorang penulis, sasterawan dan ahli tatabahasa dari Indonesia. Beliau muncul dari angkatan Poedjangga Baroe.

Sutan Takdir Alisyahbana
Sutan Takdir tahun 1950-an
Sutan Takdir tahun 1950-an
LahirSutan Takdir Alisyahbana
(1908-02-11)11 Februari 1908
Natal, Sumatera Utara, Hindia Belanda
Meninggal dunia17 Julai 1994(1994-07-17) (umur 86)
Jakarta, Indonesia
Nama penaSoetan Takdir Alisjahbana
PekerjaanPenulis
WarganegaraIndonesia
PendidikanHoofdacte Cursus di Batavia (1941)
Karya terkenalDian yang Tak Kunjung Padam (novel, 1932)
Layar Terkembang (novel, 1936)
PasanganR.A. Rohani Daha,
R.R. Sugiarti,
Margaret Axer
AnakSamiati Alisjahbana,
Iskandar Alisjahbana,
Sofjan Alisjahbana,
Mirta Alisjahbana,
Sri Artaria Alisjahbana,
Tamalia Alisjahbana,
Marita Alisjahbana,
Marga Alisjahbana,
Mario Alisjahbana

Beliau merupakan antara pengajar utama yang mengasaskan Universitas Nasional yang terletak di Jakarta. Beliau juga pernah bekerja di Malaysia sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, antara tahun 1963-1968.

Awal hidup dan pendidikan sunting

Beliau dilahirkan di Natal, Sumatera Utara, pada 11 Februari 1908.[1] Keluarganya adalah etnik Minangkabau yang memiliki susur galur daripada raja di kawasan bahagian selatan Sumatera Utara. Dari sebelah ibunya, beliau adalah kerabat dengan Sutan Sjahrir, perdana menteri pertama Indonesia.[2] Sementara bapanya adalah seorang guru,[3] dan datuknya adalah pendidik agama Islam yang sebelumnya pernah mukim di Mekkah.

Beliau menempuh pendidikan rendah di Hollandsch-Inlandsche School di Bengkulu (1921), dan kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah guru Kweekschool di Bukittinggi, dan sekolah guru tinggi Hogere Kweekschool di Bandung (1928). Beliau juga mengambil kursus Hoofdacte Cursus di Batavia (1941), yang merupakan kelayakan tertinggi untuk seorang guru Hindia Belanda pada masa itu.

Kerjaya sunting

Sutan Takdir merupakan pengasas dan penyunting majalah sastera Poedjangga Baroe. Novel pertamanya, Tak Putus Dirundung Malang, diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1929.[1] Beliau kemudian menjadi salah satu sasterawan Indonesia yang cukup aktif terutamanya dalam masa sekitar kemerdekaan. Dalam kapasiti beliau sebagai penulis pakar dan kemudiannya pengerusi Komisi Bahasa semasa pendudukan Jepun di Indonesia, beliau memodenkan bahasa baku dituturi Indonesia supaya ia boleh menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi" pemersatu bangsa" bagi rakyat Indonesia.[4]

Sutan Takdir percaya bahawa Indonesia boleh belajar dari nilai-nilai tamadun Barat, dan kekal sebagai penyokong modenisme sepanjang hidupnya.[5] Novel terkenal beliau, bertajuk Layar Terkembang, menunjukkannya sebagai pengarang yang progresif.

Sutan Takdir juga pernah bekerja di Malaysia. Antara tahun 1963-1968, beliau menjadi Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya,[6] dan mengajar bersama-sama pensyarah lainnya seperti Syed Naquib al-Attas dan saudaranya Syed Hussein al-Attas.[7]

Keluarga sunting

Anak sulungnya, Iskandar Alisyahbana, pernah berkhidmat sebagai rektor Institut Teknologi Bandung, dan bapa mertua kepada Menteri Negara Perencanaan Pembangunan Nasional/Kepala Badan Perancangan Pembangunan Nasional pada Kabinet Indonesia Bersatu II, Armida Alisyahbana. Anak-anak lainnya, iaitu Sofjan dan Mirta Alisyahbana, adalah pengasas Femina Group, suatu kumpulan penerbitan majalah di Indonesia.[8]

Kematian sunting

Sutan Takdir meninggal dunia di Jakarta pada usia 86 tahun. Sehingga akhir hidupnya, beliau belum lagi berhasil merealisasikan cita-citanya yang terbesar, iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di kawasan Asia Tenggara.

Karya sunting

Hasil penulisan sunting

  • Tak Putus Dirundung Malang (novel, 1929)
  • Dian yang Tak Kunjung Padam (novel, 1932)
  • Tebaran Mega (kumpulan sajak, 1935)
  • Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia (1936)
  • Layar Terkembang (novel, 1936)
  • Anak Perawan di Sarang Penyamun (novel, 1940)
  • Puisi Lama (antologi, 1941)
  • Puisi Baru (antologi, 1946)
  • Pelangi (antologi, 1946)
  • Pembimbing ke Filsafat (1946)
  • Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia (1957)
  • The Indonesian language and literature (1962)
  • Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia (1966)
  • Kebangkitan Puisi Baru Indonesia (kumpulan esai, 1969)
  • Grotta Azzura (novel tiga jilid, 1970 & 1971)
  • Values as integrating vorces in personality, society and culture (1974)
  • The failure of modern linguistics (1976)
  • Perjuangan dan Tanggung Jawab dalam Kesusastraan (kumpulan esai, 1977)
  • Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Modern (kumpulan esai, 1977)
  • Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Dilihat dari Segi Nilai-Nilai (1977)
  • Lagu Pemacu Ombak (kumpulan sajak, 1978)
  • Amir Hamzah Penyair Besar antara Dua Zaman dan Uraian Nyanyian Sunyi (1978)
  • Kalah dan Menang (novel, 1978)
  • Menuju Seni Lukis Lebih Berisi dan Bertanggung Jawab (1982)
  • Kelakuan Manusia di Tengah-Tengah Alam Semesta (1982)
  • Sociocultural creativity in the converging and restructuring process of the emerging world (1983)
  • Kebangkitan: Suatu Drama Mitos tentang Bangkitnya Dunia Baru (drama bersajak, 1984)
  • Perempuan di Persimpangan Zaman (kumpulan sajak, 1985)
  • Seni dan Sastra di Tengah-Tengah Pergolakan Masyarakat dan Kebudayaan (1985)
  • Sajak-Sajak dan Renungan (1987)

Sebagai penyunting sunting

  • Kreativitas (kumpulan esai, 1984)
  • Dasar-Dasar Kritis Semesta dan Tanggung Jawab Kita (kumpulan esai, 1984).

Terjemahan sunting

  • Nelayan di Laut Utara (karya Pierre Loti, 1944)
  • Nikudan Korban Manusia (karya Tadayoshi Sakurai; terjemahan bersama Soebadio Sastrosatomo, 1944)

Pencapaian sunting

  • Penghargaan Satyalancana Kebudayaan Pemerintah Republik Indonesia (1970)
  • Doktor kehormatan dari Universitas Indonesia (1979)
  • Doktor kehormatan dari Universiti Sains Malaysia (1987)
  • Doktor kehormatan dari School For Oriental And African Studies London (1990)

Rujukan sunting

  1. ^ a b Raffel, Burton (1968) [1967]. Development of Modern Indonesian Poetry (ed. 2nd). Albany, NY: State University of New York Press. ISBN 978-0-87395-024-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Puti Balkis Alisyabana, Natal: Ranah nan Data, Jakarta : Dian Rakyat, 1996
  3. ^ Sutan Takdir Alisjahbana, Majalah Tempo, 10 Maret 1990
  4. ^ Aulia A. Muhammad, STA: Perangkum Semua Kebudayaan, Suara Merdeka Cybernews, 8 September 2008.
  5. ^ Achdiat K. Mihardja, Polemik Kebudayaan: Pokok Pikiran St. Takdir Alisjahbana, Pustaka Jaya, 1977
  6. ^ Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hakcipta Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  7. ^ Syed Husin Ali, Ph.D. Syed Hussein Alatas (1928-2007). Akademika 73 (Mei) 2008, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  8. ^ Wini Angraeni, Keluarga Sutan Takdir Alisjahbana: Harus Menjadi Orang Extraordinary, Majalah Swa, 22 Januari 2009