Suzuki GSX1300R Hayabusa
Suzuki GSX1300R Hayabusa adalah sebuah motosikal hyper sport yang mula dikeluarkan oleh Suzuki pada tahun 1999. Ia digerakkan oleh enjin 4 sebaris 1340 cc dan telah menjadi motosikal pengeluaran terpantas di dunia sebelum penalaan semula pada tahun 2001 bagi mengurangkan kelajuannya.[1]
Pengeluar | Suzuki |
---|---|
Juga dikenali | Suzuki Hayabusa Suzuki GSX1300R |
Pengeluaran | 1999 - sekarang |
Kelas | Hyper sport |
Berkaitan | Suzuki B-King |
Sejarah
sunting1999
suntingNama Hayabusa diambil daripada perkataan Bahasa Jepun bagi sejenis burung helang yang mampu mencapai kelajuan melebihi 322 km/j -- serta menjadi pemangsa kepada burung hitam. Oleh itu nama model ini secara tidak langsung ada kaitannya dengan model saingannya iaitu model-model Honda Hawk. Semasa mula diperkenalkan pada tahun 1999, ia mengalahkan rekod lama Honda CBR1100XX Super Blackbird sebagai motosikal pengeluaran terpantas di dunia. Generasi pertama Hayabusa dipanggil GSX1300R dan digerakkan oleh enjin 4 sebaris 1299 cc sejukan cecair. Konfigurasi enjin ini tidak berubah sehinggalah model tahun 2007.
Dalam keadaan talaan kilang, motosikal ini mampu memperoleh pencapaian berikut:-
- 400 m: 10.02 saat @ 231 km/j[2]
- 100 - 130 km/j: 3.13 saat[2]
- 130 - 160 km/j: 3.31 saat[2]
- Kelajuan maksimum: 305 km/j[2]
- Kuasa kuda: 156.1 hp @ 9,500 rpm (roda belakang)[2]
2008
suntingPersaingan di dalam segmen motosikal hyper sport semakin sengit dengan pengenalan model motosikal seperti BMW K1200S, Kawasaki Ninja ZX-12R, dan Kawasaki Ninja ZX-14. Persaingan yang semakin sengit ini memaksa Suzuki untuk mengemaskini model GSX1300R bagi keluaran tahun 2008.[3] Suzuki telah menggugurkan nama GSX1300R di sesetengah negara dan hanya sekadar memanggil motosikal tersebut sebagai Hayabusa. Saiz enjin telah dipertingkatkan kepada 1340 cc dengan peningkatan nisbah mampatan kepada 12.5:1. Enjin yang diperbaharui ini didakwa mengalami peningkatan kuasa sebanyak 12% kepada 194 hp (145 kW).[4][5]
Bahan api kini disalurkan melalui sepasang badan pendikit 44 mm baru Suzuki Dual Throttle Valve (Injap Pendikit Berkembar Suzuki; SDTV). Pemilih Mod Pemanduan Suzuki (S-DMS), satu teknologi yang diperkenalkan dalam barisan motosikal GSX-R, menyediakan tiga pilihan penghantaran kuasa daripada untuk tujuan perjalanan jauh kepada penggunaan berprestasi tinggi. Beberapa ciri baru yang ditampilkan termasuklah sistem ekzos 4-2-1-2 yang mematuhi peraturan emisi Euro 3 dan Tier 2 emission regulations, klac penggelincir serta badan yang direka semula.
Dalam keadaan talaan kilang, motosikal ini mampu memperoleh pencapaian berikut:-
Spesifikasi
sunting1999-2007 | 2008 | |
---|---|---|
Enjin | 1299 cc, 4 lejang, 4 silinder, sejukan cecair, DOHC, 16 injap, TSCC | 1340 cc, 4 lejang, 4 silinder, sejukan cecair, DOHC, 16 injap, TSCC |
Lubang x Lejang | 81.0 x 63.0 mm | 81.0 x 65.0 mm |
Nisbah mampatan | 11.0:1 | 12.5:1 |
Kuasa kuda | 151.1 hp (113 kW)[5] | 171 hp (128 kW)[5] |
Kilasan | 127 N·m @ 6750 rpm[5] | 139 N·m[5] |
Sistem bahan api | Suntikan bahan api Keihin/Denso | Suntikan bahan api |
Sistem pelinciran | Takungan basah | |
Sistem penyalaan | Digital/Bertransistor | |
Transmisi | 6 kelajuan, jaringan malar | |
Pacuan akhir | Rantai #530 | |
Panjang keseluruhan | 2140 mm | 2195 mm |
Lebar keseluruhan | 740 mm | |
Tinggi keseluruhan | 1155 mm | 1170 mm |
Tinggi pelana | 805 mm | |
Kelegaan bumi | 120 mm | |
Jarak roda | 1485 mm | |
Berat kering | 217 kg 218 kg (model CA) |
220 kg |
Gantungan hadapan | Teleskopik terbalik, spring gegelung, prabeban spring boleh laras | |
Gantungan belakang | Jenis pautan, lembapan gas/minyak, prabeban spring boleh laras | |
Brek hadapan | Cakera hidraulik berkembar | |
Brek belakang | Cakera hidraulik tunggal | |
Tayar hadapan | 120/70-ZR-17 | |
Tayar belakang | 190/50-ZR-17 | |
Muatan bahan api | 21 liter 19.0 liter (model CA.) |
21 liter 20.0 liter (model CA.) |
Warna | 1999: Perak/Perang Tembaga, Hitam/Kelabu, Merah/Hitam. 2000: Biru/Perak, Merah/Perak. 2001: Biru/Perak, Hitam/Perak. 2002: Biru/Perak, Kelabu/Perak, Hitam Tengah Malam (edisi terhad). 2003: Perak/Kelabu, Hitam/Kelabu, Hitam, Hitam Tengah Malam (Edisi Terhad Kanada), Jigga Keemasan (model Ulang Tahun ke-40). 2004: Biru/Perak, Hitam/Ungu, Merah Terhad 2005: Biru/Perak, Hitam/Kelabu, Merah/Hitam (grafik baru) 2006: Biru/Perak, Hitam/Kelabu, Merah/Hitam. 2007: Hitam, Merah, Biru, Putih/Perak (Edisi Terhad UK) |
2008: Jingga/Hitam, Kelabu/Hitam, Putih/Perak, Biru/Hitam |
Kontroversi
suntingSelepas pengenalan model ini, pengeluar motosikal Jepun utama menyedari bahawa "perang" kuasa dan kelajuan di kalangan model motosikal sport utama tidak akan berakhir dan seterusnya membawa kepada peraturan kerajaan yang semakin ketat. Untuk model tahun 2001 sehingga sekarang, pelengah pemasaan sistem penyalaan ditambah pada ECU yang berfungsi pada gear 6, di samping pengehad kelajuan enjin (10,200 rpm berbanding 11,000 rpm). Ini mengehadkan kelajuan maksimum daripada 319 km/j pada model tahun 1999/2000 kepada kelajuan maksimum baru 299 km/j.
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Suzuki GSX1300R Hayabusa |
- ^ Performance figures Diarkibkan 2008-07-28 di Wayback Machine from Cycleworld June 2000, Performance Bikes June 2000, Sportbike Magazine June 2000, Motorcyclist Magazine June 2000, Bikenet Online, Bike Magazine - UK, May 2000
- ^ a b c d e f g h "GSX1300R Performance Numbers" (HTML) (dalam bahasa English). Sport Rider. 2005. Dicapai pada 2007-02-23. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Edge, Dirck (2007-06-27). "Suzuki Introduces 1340cc Hayabusa, B-King, and Fuel-Injected RM-Z450 Motocrosser". Motorcycle Daily (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal (HTML) pada 2007-07-01. Dicapai pada 2007-12-17.
Hayabusa model tahun 2008 serba baru menampilkan enjin 1340 cc yang didakwa mengalami peningkatan prestasi sebanyak 11% menjadi tajuk utama pengumuman lewat Jun ini...
CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Hilderbrand, JC (2007-06-29). "2008 Suzuki Hayabusa and B-King" (HTML) (dalam bahasa English). MotorcycleUSA.com. Dicapai pada 2007-07-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d e "Suzuki GSX1300R Hayabusa (2007-current)". Motorcycle News. Dicapai pada 2008-01-04.