Sweet September

Kumpulan Rock Malaysia

Sweet September merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia berasal dari Pulau Pinang dan ditubuhkan pada 1973. Kumpulan ini merupakan salah satu kumpulan yang popular pada era 80an terutamanya dengan lagu sentimental hits, 'Hatiku Kau Guris Luka'. Lagu ini menampilkan vokal falsetto pemain basis kumpulan ini, iaitu Adrian James. Namun demikian penyanyi utama kumpulan ini yang memiliki suara lunak, Antonio Vincent tidak kurang hebatnya dan mendapat sambutan hangat peminat di Malaysia. Selain dari daripada vokalis Antonio Vincent kumpulan ini juga dianggotai oleh basis Adrian James, gitaris Ronnie Ng, pemain dram Dean Yusof, dan pemain keyboard/vokal Ignatius James. Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu hits termasuk "Nak Kahwin Duit Tak Ada" (vokal: Antonio), Sehala Tak Setujuan (vokal: Ignatius) dan "Gaji" (vokal: Antonio). Sepanjang tempoh bergiat aktif di dalam industri muzik Malaysia, mereka telah menerbitkan sebanyak 8 album termasuk album kompilasi[1] antara tahun 1982 hingga 1986.

Sweet September
Sweet September (belongs to liloldminime).jpg
Sweet September pada 1980an. Dari kiri: Ignatius James, Adrian James, Antonio Vincent, Ronnie Ng dan Dean Yusof.
Latar belakang
Berasal dariPulau Pinang, Malaysia
Genre
Tahun aktif1974–1986
Syarikat rakaman
EMI
Bekas ahliAntonio Vincent
Adrian James
Ronnie Ng
Ignatius James
Dean Yusof

SejarahSunting

Kumpulan ini ditubuhkan pada bulan September tahun 1973 dengan menampilkan rentak muzik New Wave dan vocal falsetto. Kumpulan ini aktif pada tahun 1980an dan menerbitkan album pertama pada tahun 1982 bertajuk Oooooo! Manisnya. Ia diikuti oleh album kedua yang diterbitkan pada tahun berikutnya bertajuk EMMmm.... Manis Lagi! Album ketiga mereka bertajuk Manis Selalu (1984) dan album terakhir pada tahun 1986 ialah Manis Di Bibir. Kumpulan ini secara rasmi dibubarkan pada tahun 1994[2]. Antara sebab pembubaran kumpulan ini ialah kerana ketua kumpulannya iaitu Adrian James yang menderita akibat kanser sebelum meninggal dunia pada tahun 1996. Ahli kumpulan lain terus aktif sehingga tahun 2011 apabila penyanyi utamanya iaitu Antonio Vincent pula meninggal dunia.

Ahli kumpulanSunting

Penyanyi utama kumpulan ini iaitu Antonio Vincent (Antonio Manickvasagam Surendran Vincent) telah meningggal dunia pada 18 Januari 2011 akibat sakit jantung. Sebelum itu, pemain gitar utama, Ronnie Ng (Ng Lian Seng) telah meninggal dunia pada tahun 2009. Pemain gitar bass, Adrian James meninggal dunia pada tahun 1996 manakala pemain dram, (Allahyarham) Dean Yussof meninggal dunia pada tahun 2021.

DiskografiSunting

  • Ooooo! Manisnya (1982)
  • EMMmm.... Manis Lagi! (1983)
  • Manis Selalu (1984)
  • Manis Di Bibir (1986)

RujukanSunting

Pautan luarSunting