Syafie Naswip

Pelakon lelaki Malaysia

Muhammad Syafie Naswip (dilahirkan pada 2 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Syafie Naswip (Jawi: شافعي نسويڤ) ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau menceburi industri perfileman pada usia belasan tahun. Mula bergiat aktif di-dalam bidang lakonan sejak 2007 menerusi filem Mukhsin dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.[1]

Syafie Naswip
Kelahiran
Muhammad Syafie bin Naswip

(1992-08-02) 2 Ogos 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2007–kini
Terkenal keranaMukhsin
PasanganNur Afiqah Ishak (k. 2023)
Laman web rasmisyafienaswip.com

Kerjaya sunting

Pada awal pembabitan lakonannya, Syafie hanya menemani adiknya saudaranya untuk menjalani uji bakat tetapi akhirnya beliau juga diuji bakat oleh Yasmin Ahmad bagi membawakan watak sebagai Mukhsin. Syafie turut menyertai rombongan filem Mukhsin ke Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun pada 2006. Syafie menganggap Yasmin sebagai "Mak" dan kematiannya telah menyebabkan beliau terasa kehilangan yang sangat besar dalam hidupnya sehingga suatu ketika, beliau pernah terfikir untuk bersara.[2]

Syafie telah berlakon dalam beberapa buah filem dan drama TV. Antara lakonannya yang paling diingati dan dikritik positif adalah menerusi Talentime dan Songlap sehingga menyebabkan beliau meraih dua anugerah pembantu lelaki terbaik masing-masing dalam FFM ke-22 dan FFM ke-25. Beliau mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk pelakon lelaki terbaik bagi watak Ilham di dalam drama Ilham Suci tulisan Nor Faznita Md Nor pada usia 16 tahun.

Pada tahun 2017, Syafie muncul dalam dua buah telefilem khas raya yang akan bersiaran di TV3 iaitu telefilem Ali pada 26 Jun manakala Surat Panjang Untuk Mak pada 28 Jun.

Kehidupan peribadi sunting

Syafie bersekolah di Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Kerana sudah terbiasa hidup dalam kedaifan, duit yang diterima hasil daripada lakonannya telah disimpannya dan separuhnya diberikan kepada ibu bapanya. Selain itu, beliau sering menggunakan motosikal untuk ke mana-mana.[3][4][5][6][7][8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Mukhsin Mukhsin Filem pertama
2009 Talentime Hafiz
2011 Nur Kasih The Movie Jamal
Songlap Ad
2013 Juvana Jamal
2014 Rentap Rashdan
2016 Kampung Drift Johan
Bunga Bangsa Aman Filem pendek
2017 Jibam Kadir
2018 Janji Amin Amin Filem pendek
Polis EVO 2 Mat Dan
2021 Kenderaan Berat Ikut Kiri Adam
2022 Gila Gusti Mamat
Seratus Penampilan khas
2023 Selalu Ada Faqih Filem pendek [9]
Sumpahan Jerunei Arjuna
Fanna Shafik
2024 Rampok Azrif
TBA Mawas Zakwan Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Keliwon Adam TV3 Episod: "Hantu Kopek"
2010 Jidin Fendi
2011 Hero Komik TV2
2012 Ampunkan Dosaku Remy (remaja) TV3
Tanah Kubur (Musim 5) Mail Astro Oasis Episod: "Sebaik-baik Tanggang"
Projek Pop Daniel 8TV
Ms Cinta Rizal TV1
2013 Oh My English! (musim ke-2) Azlan Astro TVIQ
2014 Jangan Ambil Lembu Kami TV3
Kifarah Azlan Episod: "Amanah"
Ana Aku Aiman Aiman TV2
Ride Fariq TV9
Seludup Astro Prima
2015 Setia Ku Di Sini Ezran TVi
Sirah: Tahlil Shahrul TV9
Wadi Wadi TV3
Tanah Kubur (Musim 14) Rusdi Astro Oasis Episod: "Mak Kat Mana"
Bila Hati Telah Hitam Episod 11
Sayap Jibril
Kifarah Mistik Hafiz TV3 Episod: "Silap Mata"
2016 Dark Triptych Ali
2017 Sape Dari Itali[10] Zamani TV2
Cerita Ramadan Hazim
2018 Wira Kasih
Legasi 69 Komando ASP Zabri TV1
Cintaku di Bumi Izmir Zafuan Hypp Sensasi
KOPI: Kopi Percik Firdaus Tonton Web drama
13 Khurafat Jazlan Astro Prima Episod: "Minyak Dagu"
Mocha Kau Bahagia 2 Azlan TV3
Waliuddin 2 Ringgit Abdul Aziz TV2
2019 Syahadat Cinta Mohsin
Aurora Aisyah Eryman TV1
Kamar Kamariah Qhalif TV3
4 Penjuru Astro Citra
2020 Sepenggal Puisi Hafiz Drama Malaysia-Indonesia
Aku, Dia dan Pinky Promise Azri TV Okey
The Gadis Shazman TV3
2021 Budak Tebing 2 Farhan
2022 Aku Yang Merinduimu Tengku Danial TV1
Remang DJ Ejay TV3
2023 Nenek Bongkok Tiga Sani Viu
Tanah Kubur (Musim 16) Remy Astro Oasis Episod: "Aku Bukan Pondan"
2024 Terlanjur Cinta Salleh Viu

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Dosa Semalam Aizat TV3
Ilham Suci Ilham
2008 Impian Azlan TV2
Manja Danial TV3
Takbir Suci 2 Iqbal Astro Ria
Kasih Tak Terucap Haziq TV2
Senyumlah Papa Qayyum
Ustaz Kecil Dirinya sendiri NTV7
Soulful Finding Norman
Demi Masa Nazli TV3
2009 Seluhur Nazar Fariz TV9
2010 Alahai Cicit Atok Yusry Astro Ria
Dunia Batinku Zainal TV3
2011 Bianglala Di Kaki Langit Fuad TV2
Melukut Kasih Di Kaki Santubung Edry
2012 Kasih Bumi TV9
A Untuk Abah Fahmi TV2
Fatihah Untuk Abah Said TV3
Beruk Tok Ayah Syukor
Lelaki Aman TV2
Cikgu Saodah
Neraka Abah Kimi TV9
Tasbih Yang Terlerai Idrus
Anak Lorong Rayyan TV3
Muat Tak Muat
Aku Mahu Terbang Rezki
Ku Sujud Di Kakimu Ibu Astro Prima
2013 Budak Flat Jalan Bayan Reza TV9
Oh My Ganu! Azlan Astro TVIQ
Syair Untuk Bonda Astro Prima
Raya Pak Pak Pong Muaz TV3
Kasih Shafiqa
2014 Jangan Kafankan Dia Haziq Astro Prima
Dari Kerana Mata
Talkin Di Birai Katil Naufal TV1
Biskut-Biskut Cinta Anuar
Tempat Ketiga Abu
2015 Cinta Insaniah Bahar
Keris Hitam Bersepuh Emas Luqman
Sejadah Mekah Untuk Mak
Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya Fendi
Melur Vs Rajawali Azlan TVi
S Untuk Syawal Syawal TV3
Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Fakhrul TV9
Vila Untuk Ibu Acik TV AlHijrah
2016 DORM Rumi Astro Ria
Bujang Terlajak Senang Bujang TV9
Pondok Senja Hasbullah TV3
Reza, Arman dan Bill Arman
Dika Baran Zakwan TV1
Cahaya Di Muara Epul TV AlHijrah
Janji Hati Khalid TV2
2017 Kung Fu Kaw Zack TV3
Kerongsang Atan TV9
Sakit Adam TV3
Usung Putih Ayie TV1
Kembalikan Syawalku Akil Astro Citra
Rendang Punya Pasal Muzafar TV2
Ali Ali TV3
Surat Panjang Untuk Mak Ehsan
Cinta Gred A Ameer Hamzah
Hajat Aizat Astro Citra
2018 Tiket Cinta Khai TV3
Kau, Aku, Hantu Raya Azlim TV2
3 Qul Nazrul
Cubaan Bahagia Sufi NTV7
Malaikat Pun Tak Tahu Lutfi TV1
2019 Sirna Ismi
Kuih Bakul Berkuah Rendang Izwan TV2
Haluan Hisyam
Impian Teristimewa Azman TV1
Tiga Titik Reshad
Lap Lip Suria Aliyas Mediacorp Suria
Hidayahmu Hajiku Rizul TV3
2020 10 Malam Terakhir Atiq TV Okey
Demi Tuhan Aku Bersaksi Jawwad TV1
Sucinya Ratna Adha Awesome TV
Brownies Lobak Untuk Papa Jihad
2021 Bebenang PKP Anis Amar TV AlHijrah
Takbir Semalam Azlan Awesome TV
Mencari Siratul Mustaqeem Ali TV3
2022 Semua Tentang Kita Amir
Along Along TV Okey
2023 Tentang Ogos Ishak TV2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Aroma Masak Pengacara Hypp Inspirasi
2022 Syurga Kulinari Malaysia TV Okey

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007
Festival Filem Malaysia ke–20
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Mukhsin Menang
Anugerah Skrin ke–11
Pelakon Lelaki Terbaik Ilham Suci Menang
2009
Festival Filem Malaysia ke–22
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Talentime Menang
Anugerah Skrin ke–13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Tercalon
2011
Anugerah My Kids Awards
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Tercalon
Anugerah Seri Angkasa 2011
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Melukut Kasih Di Kaki Sanutubung Menang
2012
Anugerah Blokbuster Pertama
Anugerah Hero Baru Terhebat Nur Kasih The Movie Tercalon
Anugerah Skrin ke–16
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Songlap Menang
Festival Filem Malaysia ke–25
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2013
Anugerah Melodi ke–3
Artis Dinamik Tercalon
2015
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Tercalon
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–3
Aktor Pilihan Wadi Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Ardell Aryana) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2022
Anugerah Seri Angkasa 2022
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Demi Tuhan Aku Bersaksi Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Feride Hikmet Atak (5 Februari 2018). "Syafie lambat diberi watak matang". Berita Harian. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  2. ^ Ilya Adreena (25 Julai 2018). "9 Years On: Malaysians Share Why They Love The Late Yasmin Ahmad So Much". Rojak Daily. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  3. ^ Lakonan Dalam Songlap Dapat Pujian Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2012.
  4. ^ Bukan Masa Fikir Pasangan Hidup - Syafie Naswip mStar Online (29 Jun 2017). Dicapai pada 1 Julai 2017.
  5. ^ Syafie beli rumah untuk ibu Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  6. ^ Syafie Naswip hadiahkan rumah banglo untuk ibu Sinar Harian. Dicapai pada 25 Jun 2017.
  7. ^ Buat Apa Nak Malu? - Syafie Naswip mStar Online (17 Jun 2017). Dicapai pada 25 Jun 2017.
  8. ^ Saya tak marah cuma tegur Media Hiburan. Dicapai pada 25 Jun 2016.
  9. ^ "Filem pendek raya Kerajaan Negeri Selangor". Sèĺangorku. 16 Mei 2023. Dicapai pada 19 May 2023.
  10. ^ Ariffuddin Ishak (21 Mac 2017). "Syafie Naswip sukar lakonkan watak lelaki dewasa". mStar Online. Dicapai pada 19 Januari 2019.

Pautan luar sunting