Muhammad Syahmi Sazli (lahir 23 Mac 1995) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit lagu dan selebriti internet Malaysia.[1] Beliau mula dikenali menerusi video pendek pertama arahannya, Baso Jate Pilih Rupo pada 2017 dan sebagai pelakon dan pengarah filem sulungnya, Mael Totey The Movie yang dikeluarkan pada 2020.[2] Pada Januari 2021, beliau dianugerahkan Ikon Pengarah Muda yang disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).[3]

Syahmi Sazli
Kelahiran
Muhammad Syahmi bin Sazli

(1995-03-23) 23 Mac 1995 (umur 29)
PendidikanKejuruteraan Elektrik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM) (berhenti belajar)
PekerjaanSelebriti internet, YouTuber, pelakon, pengarah, penulis, penerbit lagu, penyanyi
Tahun aktif2013–kini
Terkenal keranaMael Totey The Movie (2020)
PasanganAnnisa Faizul (k. 2018)
Anak-anak2
SaudaraAsif Suhaimi (sepupu)
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan2,700,000
Jumlah tontonan414,942,488
100,000 pelanggan 2019
1,000,000 pelanggan 2020

Kerjaya sunting

Syahmi Sazli memulakan kerjayanya di YouTube apabila beliau memuat naik video pendek sulungnya, Baso Jate Pilih Rupo yang turut menampilkan Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Syahmi seterusnya muncul dalam Drama Spontan (2019) yang telah dinobatkan Video Pendek Baek di Konsert Throwbaek 2019.[4] Bekerja di bawah arahan Abdul Razak Mohaideen, mereka berlakon dalam filem Syif Malam Raya yang meraih kutipan RM3 juta di Astro First.[1][5] Beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Mael Totey The Movie yang dikeluarkan di Astro First pada 22 Oktober 2020. Filem ini menjadi kejayaan komersial dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan.[6][7]

Beliau juga telah menerbitkan sebuah lagu berloghat Kelantan yang berjudul Gewe Ku Ore Kelate yang dinyanyikan oleh Emie Sukma Sari ft Sai Kamal. Lagu ini juga ditaja oleh produk kecantikan milik isteri beliau iaitu Anissa Beauty. Pada 25 Mac 2021, video lirik lagu ini telah dimuat naik di YouTube melalui saluran Emie Sukma Sari.

Kehidupan peribadi sunting

Syahmi dilahirkan di Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan pelajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor, namun tidak memperolehi ijazah kerana beliau memutuskan untuk berhenti belajar.[1] Beliau berkahwin dengan Anissa Faizul pada 23 Februari 2018 dan dikurniakan dua anak – Ainul Mardhiah[1] dan Khabib Umar.[8]

Filemografi sunting

Drama pendek sunting

Tahun Tajuk Peranan
2017 Baso Jate Pilih Rupo
2019 Drama Spontan
2020 Mael Totey Mael Totey

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Catatan
Pelakon Pengarah Penulis Penerbit
2020 Syif Malam Raya         Syahmi Filem pertama lakonan
Mael Totey The Movie         Mael Totey Filem pertama arahan
2022 35MM         Syahmi
2023 Satu Hari Sebelum Raya        

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2021 Mek Bunga TV2

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2019 YouTube Gold Play Button Dirinya sendiri Menang [9]
Konsert Throwbaek 2019 Video Pendek Baek Drama Spontan Menang [10]
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Pemengaruh MeleTOP Syahmi Sazli Production Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon [11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Pengorbanan Syahmi Sazli berhenti belajar berbaloi". Sinar Harian. 10 Ogos 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (15 Oktober 2020). "Syahmi Sazli sedia dikritik". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2020.
  3. ^ Hazira Ahmad Zaidi (16 Disember 2020). "Syahmi bakal bergelar ikon". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
  4. ^ "Drama Spontan: What is actually happening behind the Syahmi-Asif feud" [Drama Spontan: Apa yang sebenarnya berlaku antara Syahmi-Asif] (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. 3 September 2019. Dicapai pada 21 November 2019.
  5. ^ Mya Amri (21 Mei 2020). "Dari YouTube ke bintang filem, sebak pula bila Syahmi cakap "kami ini hanya..."". Astro Gempak. Dicapai pada 21 November 2020.
  6. ^ "Filem pertama selebriti YouTube, Syahmi Sazli kini di Astro First". Utusan Borneo. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  7. ^ Mumtaj Begum (16 November 2020). "Mael Totey The Movie earns RM6.4mil in 24 days" [Mael Totey The Movie raih RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 21 November 2020.
  8. ^ "Syahmi Sazli umum kelahiran anak kedua, beri nama Khabib". Info Rakyat. 5 Julai 2022. Dicapai pada 28 November 2022.
  9. ^ Amynur Akmal (20 Ogos 2019). "Anak Kelate 'sohor' di YouTube, Syahmi Sazli terima Anugerah YouTube Gold Play Button". Media Hiburan. Dicapai pada 21 November 2019.
  10. ^ "Riuh habis pentas, Syahmi Sazli raih anugerah di Konsert Throwbaek 2019". Erin Sakura. Dicapai pada 21 November 2020.
  11. ^ Ridzuan Abdul Rahman (15 September 2021). "Syahmi, Asif dan Yoe Parey teruja tercalon Top 20 ABPBH34". Harian Metro. Dicapai pada 16 November 2021.

Pautan luar sunting