Syaidatul Afifah
Syaidatul Afifah Badrul Hamidi ialah seorang bekas pemain profesional tenpin boling Malaysia & Pelakon Drama Ratu Ten Pin, Beliau banyak mewakili negara dan memenangi pelbagai kejohanan menerusi acara berpasangan dan berkumpulan, Beliau Memulakan Kerjaya Lakonan Bermula Tahun 2021.
Syaidatul Afifah | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | Syaidatul Afifah binti Badrul Hamidi 23 Oktober 1991 | ||||||||||||||||||||||
Pekerjaan | Atlet Boling & Pelakon | ||||||||||||||||||||||
Ibu | Roziah Zahari | ||||||||||||||||||||||
Bapa | Badrul Hamidi Gam | ||||||||||||||||||||||
Saudara | Saidatul Athrah (Kakak) Syaidatul Afyna (Adik) | ||||||||||||||||||||||
Sports career | |||||||||||||||||||||||
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||
Tahun aktif | 2009 - Kini | ||||||||||||||||||||||
Sukan | Boling | ||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| |||||||||||||||||||||||
Kehidupan Peribadi sunting
Syaidatul Afifah yang mesra disapa sebagai Afifah merupakan anak kepada pasangan Badrul Hamidi Gam dan Roziah Zahari. Beliau dilahirkan pada 23 Oktober 1991 di Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik.
Kerjaya sunting
Beliau memulakan kerjaya sebagai pemain boling sejak umur 9 tahun lagi di mana bakatnya diwarisi daripada bapanya, Badrul Hamidi Gam. Beliau mendapat bimbingan awal dalam sukan boling daripada bapanya yang ketika itu merupakan pemain boling di sebuah syarikat perhotelan selain bertugas sebagai pengurus hotel di Ipoh, Perak. Bapanya sering bersaing dalam pelbagai kejohanan boling.
Afifah mula mewakili negara sebagai atlet boling profesional pada tahun 2009. Pada 3 September 2020, beliau mengambil keputusan untuk bersara daripada skuad kebangsaaan di usia 29 tahun setelah 11 tahun mewakili negara. Beliau tidak bersara sepenuhnya tetapi hanya menamatkan penyertaannya dalam pasukan negara dan masih terbuka untuk menjadi pemain boling secara profesional serta bersedia untuk bertanding. Beliau menghentikan kariernya dalam sukan boling kerana ingin meneroka bidang baharu termasuk pengacaraan di samping mencari kerjaya yang mempunyai masa depan yang lebih cerah.
Beliau juga ingin bergelar jurulatih kepada golongan kanak-kanak di peringkat akar umbi dan mempunyai perancangan untuk menubuhkan akademi boling sendiri bagi melatih remaja bawah 18 tahun untuk menghasilkan lebih ramai lagi pelapis boling negara pada masa akan datang.
Filemografi sunting
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Ratu Ten Pin | Sandra | Astro Ria | Lakonan Pertama |
2022 | Ratu Ten Pin 2: Shalin | |||
2023 | Aku Hanim | Zara |