Syair Bidasari

syair Jawi

Syair Bidasari ialah sajak Melayu klasik bergenre romantik yang amat popular pada abad ke-18 dan ke-19.[1] Tarikh teksnya dikarang dipercayai seawal 1750 Masihi.[2]

Sejarah sunting

Ia dikarang oleh pengarang asalnya berdasarkan hikayat di Kembayat Negara menurut rangkap pertama syair; [3] para sejarawan percaya bahawa Kembayat Negara ialah Champa.[4]

Manuskrip terawal ditemui, setakat ini, bertarikh 1814 M, namun tajuk syair ini telah disebut oleh Dr. J. Leyden pada 1807 M ketika beliau mengembara ke seluruh rantau Melayu, yang menggambarkan karya ini telah wujud lebih awal daripada tarikh manuskrip (1814 M) itu.[5] Syair Bidasari ialah karya asli Melayu dan dikatakan berasal dari Palembang berdasarkan beberapa faktor linguistik, menurut Van Hoëvell.[6]

Syair ini turut diterbitkan dan dibahas oleh H. C. Klinkert di Leiden pada 1886 M dalam Drie Maleische Gedichten of Sjair Ken Tamboehan, Jatim Nestapa en Bidasari''. Ia sempat popular di Eropah pada abad ke-19 M apabila turut diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda, dan disadur dalam bentuk prosa ke dalam bahasa Perancis.[7]

Syair Bidasari ini pernah diangkat dijadikan sebuah filem dengan judul filem Bidasari yang diterbitkan di Malaysia pada 1965. Pelakon utamanya adalah Sarimah yang memegang watak utama sebagai Bidasari dan Jins Shamsuddin sebagai watak Tengku Indera

Jalan cerita sunting

Syair ini berkisar pada Bidasari, seorang puteri raja yang sangat cantik. Dia tidak tahu asal-usulnya, kemudian diambil sebagai anak angkat oleh sepasang pedagang kaya. Ratu negeri yang cemburu akan kecantikannya kemudian bersekongkol membuang Bidasari ke hutan. Di sana dia dipertemukan dengan putera raja yang kemudian mengahwininya

Rujukan sunting

  1. ^ Millie, J. (2004). Bidasari: Jewel of Malay Muslim Culture (pp. 1). The Netherlands: KITLV Press.
  2. ^ Liaw, Yock Fang (1975). Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka Nasional.
  3. ^ Millie, J. (2004). Bidasari: Jewel of Malay Muslim Culture(pp. 23). The Netherlands: KITLV Press.
  4. ^ Mohamed Effendy Bin Abdul Hamid (2007). REVISITING CHAM ETHNIC IDENTITY IN VIETNAM AND CAMBODIA: THE CONCEPT OF “ETHNIC PASSPORT” (pp. 36). Singapore: National University of Singapore.
  5. ^ Millie, J. (2004). Bidasari: Jewel of Malay Muslim Culture(pp. 2 - 3). The Netherlands: KITLV Press.
  6. ^ Millie, J. (2004). Bidasari: Jewel of Malay Muslim Culture(pp. 3). The Netherlands: KITLV Press.
  7. ^ Lombard, D. (1996). Nusa Jawa: Silang Budaya, Bagian II: Jaringan Asia (pp. 449). Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

Pautan luar sunting


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z