Syarif Husain

Syarif Husain bin Ali (Bahasa Arab: حسین بن علی; lahir 1 Mei 1854 – meninggal 4 Jun 1931 pada umur 77 tahun) merupakan Gabenor Mekah yang diangkat pada 1908 sebagai Raja penguasa Hijaz antara 1916 hingga 1924. Beliau memberontak terhadap Empayar Uthmaniyah pada Jun 1916. Ibnu Saud menyerang dan mengalahkannya pada 1924, sehingga Syarif Husain harus turun takhta Hijaz dan memilih Cyprus sebagai tempat tinggalnya sejak itu. Syarif Husain meninggal dunia di Amman, Jordan.

Sayyid Hussein bin Ali

Keturunan dari Syarif Husain ini yang kemudian memegang kekuasaan di Jordan sehingga sekarang dan Iraq yang baru ditubuhkan.

Didahului oleh
Empayar Uthmaniyyah
Raja Hijaz
1916-1924
Diikuti oleh:
Ali bin Hussein