Syarikat Dawama Sdn. Bhd.

Syarikat Dawama Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat Malaysia yang ditubuhkan untuk mengambilalih aktiviti-aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diswastakan iaitu pra-cetak, rekabentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sejarah sunting

Dawama ditubuhkan pada 14 Oktober 1999 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 dan telah memulakan operasinya sepenuhnya pada 1 September 2002. Dawama bertanggungjawab terhadap kejayaan perlaksanaan aktiviti-aktiviti DBP yang diswastakan. Pada 29 Januari 2007, Dawama telah memperoleh Sijil ISO900 1:2000 daripada DQS Certification (M) Bhd., sebuah badan persijilan antarabangsa yang beribu pejabat di Frankfurt, Jerman. Sistem Pengurusan Kualiti yang dibangunkan menunjukkan komitmen syarikat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Pengurusan sunting

Dawama Sdn.Bhd. adalah syarikat bumiputera dan pemegang-pemegang saham syarikat terdiri daripada DTP Enterprises, Konsortium Dewan Edar (KDE) dan Dato' Azhar Hashim, seorang tokoh korporat yang dikenali di Malaysia.

Isu dan kontroversi sunting

Pekerja cuti tanpa gaji sunting

Pada 2 Ogos 2011, YB Azmin Ali menerima memorandum daripada Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama Zainal Awit di hadapan Kompleks Dawama di Hulu Kelang berkenaan arahan cuti tanpa gaji bertarikh 29 Julai dan arahannya berkuat kuasa pada 1 Ogos 2011 terhadap 380 pekerja syarikat kerana syarikat sedang mengalami masalah kewangan untuk membiayai operasi harian. Hal ini disangkal oleh YB Azmin kerana syarikat mempunyai konsesi yang besar daripada pihak kerajaan melalui Perjanjian Konsesi Pengswastaan Dewan Bahasa dan Pustaka bertarikh 19 Jun 2002. Beliau akan membangkitkan isu 380 pekerja Dawama Sdn Bhd - penerima konsesi Dewan Bahasa dan Pustaka - yang mendakwa dicutikan tanpa gaji untuk tempoh tidak pasti ke Dewan Rakyat. Beliau akan mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa pemotongan gaji untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibayar oleh majikan. menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa tidak melayan atau memberikan respon walaupun sudah empat kali diberikan memorandum oleh kesatuan sekerja.[1]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting