Syarikat rintisan (juga: perusahaan rintisan,[1] juga dalam bahasa Inggeris: startup company) atau syarikat pemula[2] adalah syarikat yang mempunyai sejarah operasi yang terhad. Secara umum, syarikat ini baru dibuka serta dalam fasa pembangunan dan penyelidikan untuk mencari dan menembusi pasaran melalui penambahbaikan dan pembaharuan konsep sedia ada untuk memenuhi kehendak pasaran yang belum jelas.[3]

Istilah ini menjadi popular di peringkat antarabangsa semasa gelembung dotcom apabila sebilangan besar syarikat-syarikat dotcom diasaskan.

Syarikat ini sering bergantung kepada kemajuan terkini seperti teknologi[3] untuk mencapai pertumbuhan dan keuntungan yang baik dalam waktu yang singkat.

Pengurusan dalam syarikat juga seringkali dilaksanakan dalam suasana yang tidak formal antara majikan dengan pekerja baik secara penampilan atau perhubungan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Liyana (29 September 2018). "Rice Bowl Startup Awards Mengiktiraf Perusahaan Rintisan (Startup) Pada Inovasi Teknologi". Amanz.
  2. ^ Alzahrin Alias (30 January 2019). "Bantu syarikat pemula niaga". Harian Metro.
  3. ^ a b Robehmed, Natalie (16 December 2013). "What Is A Startup?". Forbes. Dicapai pada 30 April 2016.