Buka menu utama

Saharul Ridzwan

Pelakon lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Syarul Ridzwan)
"Syarul Ridzwan" dilencongkan di sini.

Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim (lahir 26 Januari 1989)[2] merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah membintangi beberapa siri televisyen termasuk Romi Cinta Julia (2014), Hati Perempuan (2015), Kau Aku Kita (2015), Seindah Takdir Cinta (2016), Arluna (2017) dan Jangan Benci Cintaku (2018). Pada Mac 2016, beliau menjenamakan semula dirinya sebagai Saharul Ridzwan, sambil menyatakan bahawa nama Syarul Ridzwan sebagai sebahagian daripada proses kematangan usianya.[3]

Saharul Ridzwan
SaharulRidzwan.jpg
Saharul Ridzwan pada 2016.
KelahiranMohd Saharul Ridzwan bin Hashim
(1989-01-26) 26 Januari 1989 (umur 30)
Kuantan, Pahang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanDiploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat[1]
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian5 ft 10 in (1.78 m)
PasanganQaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir (berkahwin 2016)
Anak1

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat, Kelantan. Merupakan anak ketiga dari empat beradik, beliau berkelulusan dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat di sebuah kolej penerbangan di Negeri Sembilan.[3]

KerjayaSunting

Ketika masih dikenali sebagai Syarul Ridzuan, Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2011/2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang pelakon Fattah Amin (juara) dan Syafiq Kyle (naib juara).[4] Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).

Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Beliau juga memenangi Artis Aksi Selfie Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di Twitter hampir setiap hari.[5][6]

Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.[7] Syarul muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang ditayangkan pada Ramadhan 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya bersama Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Issey Fazlisham pada Aidilfitri 2016. Beliau kali pertama muncul dalam filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli dan Hantu Rumah Sakit Jiwa yang mana beliau menjayakan watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey dan Fizz Fairuz.[8]

Beliau muncul dengan single terbaru yang dikarang sendiri oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai bertajuk "Buku Putih".[9][10] Beliau dilaporkan mahu mengikut jejak langkah Zizan Razak yang menyumbangkan rap dalam lagu.[11][12] Lagu tersebut memasuki pencalonan dalam Muzik Muzik 32 pada 2018. Pada tahun 2019 beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara dan memegang watak sebagai Iman yang merupakan kawan baik kepada Izman.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 2016 dan dikurniakan anak lelaki pertama bernama Muhammad Luth Ali yang dilahirkan pada 6 Jun 2017.[13]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2019 Avengers: Infinity War Winter Soldier Anthony Russo / Joe Russo Alih suara BM
Coast Guard Leftenan Muda Hafiz Pitt Hanif / Hashim Rejab

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 3 Janji Arif TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 6) Adib Astro Oasis Episod: "Sumbang Mahram"
Hujan Azaril TV3
Kisah Cinta Azmi (muda)
Maskara Hamdan [14] TV1
Love You Mr. Arrogant Faizal TV3
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Farid Astro Oasis Episod: "Qasaf"
Tanah Kubur (Musim 13) Jamal Episod: "Kejinya Zina"
Romi Cinta Julia Romi Suffian TV3
Kifarah: Duit & Kenan Fuad
Mat Cepat Sam TV2
Fajar Aiman Aiman TV3
Berlima Ramadan Ilham TV1
2015 Puteri Bukan Nama Sebenar Mirza TV3
Hati Perempuan Tengku Zaril
Street Vendetta Fakruzi/Kojie TV2
Kau Aku Kita Iman Firdaus TV3
Sayap Jibril Syam Astro Oasis Penampilan khas
2016 Kifarah Mistik: Nifaq Jie TV3
Seindah Takdir Cinta Shariman
#AssalamualaikumCinta Rykal Safuan Astro Ria
Rumi & Jawi Afiq Astro Prima
2017 Arluna Johan Arif
Megat Extend Megat Astro Warna
Setia Menunggumu Akhdiat/Adi HyppTV
Kerana Satu Janji Ilham Hazri TV3
Tauke Jamu Dazril
2018 Tok Adi Hakim Astro Oasis
Zahir Tak Terucap Hisyam TV3
Jangan Benci Cintaku Shahrizal Hayrat
Mawar Murni Harris
Selafaz Cinta Reza Ammar Astro Prima
2019 30 Pesanan Suara Iman TV3
Dia Pengantinku Syed Ashraf TV1

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Kabin Di Tepi Tasik Radzi Astro Ria
2013 Cinta Laila Majnun Kamal Astro Oasis
Syair Untuk Bonda Along
Love You Mr Arrogant Raya Faizal TV3
Cinta Mat Semperit Mahad
Opss Terlebih Pulak Adri TV9
2014 Klon Ustaz Amar
Titisan Keinsafan Shukri TV3
Kata Samseng Suffian TV2
Kimchi Raya Kang Gary TV9
2015 Airis Azad TVi
Papa Yibbie Ilham TV9
Sirna Johan TV2
Harus Berpisah Hakim Astro Prima
Jodoh Ke Uolls? Tengku Zaril TV3
2016 Mak Cun Pi New York Aryan TV3
Kau Aku Kita Raya Iman Firdaus/Im Aus
Kapcai Ayah Aliff TV9
Liga Masjid Remy Astro Ria
2017 Jalan Balik Surau Salim TV3
Trauma Budin
Hanya Tuhan Yang Tahu Iskandar
Terhentinya Doa Wafie
Teman Pengganti Haiman
Di Balik Lindungan Kasih Amir/Wan TV1
2018 Rumah Hantu Sakit Jiwa Syafiq Astro First Eksklusif
Bahulu Untuk Opah Dr Hasif TV3
2019 Sahur Terakhir Zamani TV Okey
Remuk Zakuan TV3
Mufariq

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Muluk
Bawang Merah Bawang Putih Putera Raja

Web dramaSunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2013 Sweetheart Fantasia Jimmy Daeng Tonton
2017 Cha & Chor Chor SME Corp Web

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Aksi Pengacara TVi
Jangan Gelak Raya Tetamu undangan TV9 bersama Aepul Drama Band, Black, Aidil Aziz, Keroz Nazri dan Anas Ridzuan
2015 Melodi Tetamu undangan TV3
2015/16 Ketuk -Ketuk Ramadhan Artis jemputan TV1
2016 Yeke? Dirinya sendiri TV3 bersama Neelofa, Kamal Adli, Izreen Azminda, Nabila Huda & Nazim Othman
MeleTOP Tetamu undangan Astro Ria bersama Kamal Adli dan Ayda Jebat mempromosikan drama #Assalamuaikum Cinta
bersama Hairul Azreen, Ayda Jebat dan Ajak Shiro dalam mempromosikan rancangan Running Man Challenge 100 Plus
2017 Running Man Challenge Hydrated by 100PLUS Dirinya sendiri Team Lemon Lime
CCTV Tetamu undangan promosi drama Megat Extend bersama Ezzaty Abdullah, Luqman Hafidz, Haris Zainuddin, Nonny Nadirah dan Natasha Elyzza
2018 Drop The Beat Tetamu undangan ntv7 Episod 1: Bersama Hafidz Roshdi, Elly Mazlein dan Balqis mentor. episod second chance(ep 7), ganti Naim Daniel & episod separuh akhir 1, ganti Nadia Aqilah yang tarik diri kerana masalah kesihatan.
MeleTOP Tetamu undangan Astro Ria Bersama Nasir Bilal Khan, Izzue Islam dan Fouziah Gous dalam mempromosikan drama terbaru Astro Oasis iaitu Tok Adi.
Solo Yolo Ep 9 pengacara jemputan Astro Ria dan Ria HD
Pop TV ntv7 bersama Luqman Hafiz dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
Pop Express ntv7 bersama Ajai untuk promosi lagu terbaru
Wanita hari Ini Tetamu jemputan TV3 bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
Malaysia Hari ini Tetamu jemputan TV3 bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
Melodi Tetamu jemputan TV3 bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
I Can See Your Voice Malaysia penyiasat jemputan ntv7 episod 4 bersama Zarul Husin dan Hafiz Hatim dimana artis jemputan adalah Wany Hasrita.

DiskografiSunting

Single
Tahun Tajuk
2017
"Buku Putih"

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Artis Baru Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016[15]
Aktor Pilihan Kau Aku Kita Menang
Pasangan Pilihan (bersama Janna Nick) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015
Artis Aksi Selfie Popular N/A Menang
Anugerah Pilihan Online 2016
Aktor Terbaik Pilihan Online Menang
Anugerah Pilihan Online 2016
Lelaki Tampan Pilihan DNARS Menang
Anugerah Melodi
Personaliti Drama Melodi Dicalonkan
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan Pilihan Dicalonkan
Anugerah Telenovela 2015
Pelakon Lelaki Popular Hati Perempuan Menang
2017
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak N/A Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan

PenajaanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Saharul mahu selenggara pesawat Berita Harian (22 Mac 2017). Dicapai pada 22 Mac 2016. —— melalui Pressreader.
  2. ^ Syarul Ridzwan Minta Tidak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad mSTAR Online (28 April 2015). Dicapai pada 28 April 2015.
  3. ^ a b Jangan hina orang obes Syarul Utusan Malaysia (4 Disember 2011). Diperoleh pada 4 Disember 2011.
  4. ^ Rozaimi Zubaidi (6 April 2015). Syarul Ridzuan tidak tergugat dengan teman Hero Remaja mStar Online. Dicapai pada 15 Mei 2015.
  5. ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
  6. ^ Marina Shabudin (5 April 2015). Pelakon kayu? Hati Perempuan terima kritikan Sinar Harian. Dicapai pada 19 April 2015.
  7. ^ Georgie Joseph (19 Mac 2016). Kau Aku Kita...terbaik Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2017.
  8. ^ Izwan Mohd Isa (7 Disember 2017). Saharul Ridzwan cari keseimbangan Kosmo!. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  9. ^ Emma Hassan (7 Ogos 2018). Kisah Hidup Saharul Ridzwan Dalam lagu Buku Putih Mangga Media. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  10. ^ Muhamad Fairoz Azizan (7 Mac 2019). Biasalah orang baharu kena kritik - Saharul Ridzwan Berita Harian. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  11. ^ Jemang Rahman (11 Ogos 2017). Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi Rap mStar Online. Dicapai pada 11 Ogos 2017.
  12. ^ Zaidi Mohamad (14 Ogos 2017). Saharul Ridzwan jadi rapper Berita Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
  13. ^ Kamaruddin Razal (29 Mac 2017). Saharul Ridzwan Lega Dapat Penuhi Permintaan Isteri Astro Gempak. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  14. ^ Nasha selektif, Lisa teruja Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2014.
  15. ^ Saharul Ridzwan kongsi pengetahuan Kosmo! (17 Mac 2017). Dicapai pada 1 Jun 2017.
  16. ^ Menjadi tonton VIP bersama Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad Selebriti Online | 30th August 2016.

Pautan luarSunting