Buka menu utama

Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syatilla Melvin (lahir 8 Februari 1991) merupakan seorang pelakon wanita dan model Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 [1] bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Beliau aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu.

Syatilla Melvin
SyatillaMelvin.png
Syatilla pada 2014
KelahiranSiti Nur Syatilla binti Amirol Melvin
(1991-02-08) 8 Februari 1991 (umur 28)
Parit Buntar, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainTilla
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2012 - kini
PasanganShaheizy Sam (berkahwin 2016)
Ibu bapaAmirol Melvin Abdullah (bapa)
KeluargaSyafiqa Melvin (kakak)
Zainal Abidin Osman (abang ipar)
Syifa Melvin (adik)
Syida Melvin (adik)

Syatilla merupakan adik ipar kepada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.

Isi kandungan

Kehidupan awalSunting

Syatilla dilahirkan pada 8 Februari 1991 dan berasal dari Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik, bapanya berketurunan Jepun manakala ibunya berketurunan Melayu. Kakak sulungnya ialah Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. [2] Adiknya, Syifa Melvin juga bergiat aktif dalam bidang pemodelan dan lakonan.

KerjayaSunting

Syatilla Melvin memulakan kerjaya awalnya sebagai model apabila menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi, Ramona Zamzam dan Anzalna Nasir. Beliau kemudiannya terjun ke bidang lakonan pada 2012[3] dan berlakon dalam beberapa telefilem dan drama Melayu. Drama pertama lakonannya ialah BFF (Best Friends Forever) yang disiarkan di TV3 pada tahun yang sama.

Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam sebarang iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Selepas berlakon dalam BFF, beliau berlakon dalam beberapa lagi drama dan telefilem, antaranya ialah Dalam Setiap Sujud, Rindu Bertamu di Abu Dhabi, Kalau Bukan Aku dan Rentas Samudera.

Kehidupan peribadiSunting

Dengan hanya sekali lafaz, Syatilla dan pasangannya, pelakon Shaheizy Sam selamat diijabkabul pada 8 Februari 2016, yang jatuh kepada ulang tahun kelahirannya ke-25. Majlis resepsi pengantin perempuan telah diadakan pada 9 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Villa manakala resepsi pengantin lelaki akan diadakan pada 14 Februari 2016 di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.[4]

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 BFF Teman Tapi Mesra Karmila TV3
Julia Katrina Slot Akasia
Esah Pajero Nurul
Lara Hati Jasmin TV9
2013 Dalam Setiap Sujud[5] Nita
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Fifi TV3 Slot Akasia
Kalau Bukan Aku Nurin
Rentas Samudera Leftenan Nor RTM
Ramadan Yang Hilang[6] Delishah TV3
2014 Ariana Rose Sophie Slot Akasia
Aku Isterinya Muzifa
2015 Dia Isteri Luar Biasa Razita
2016 Sha & Shah Farisha @ Sha Astro Ria Slot MegaDrama
Imam Mudaku Romantik Laila Khalisa Astro Oasis
Gondola Cinta Di Venice Zulaikha TV2 Selekta Prima
Surah Buat Maisara Maisara TV3 Slot Zehra
2017 Cinta Samar Juliana TV1 Slot Widuri
Kerna Syurga Bukan Percuma Adawiyah Astro Oasis Slot Raihana
2018 Sunsilk #SISCUBA Yasmin TV3 Drama pendek
Selafaz Cinta Zahratul Jannah Astro Prima Slot Tiara

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 PA Cinta Melissa TV9
Korban Haji[7] Zella TV3
2013 Tika Kau Tiada Shima TV1
2014 Ya Habibi Fiona TV2
2015 Chombee Anak Mamu Chombee
Aidil dan Adha[8] Nina TV1
Hijab Seorang Isteri[9] Farisya
Kalung Kak Dara Mimi TV3
Khilaf Seorang Isteri Thalia TV9

RujukanSunting

Pautan luarSunting