Syazarwan ialah binaan tembok kecil yang terletak di bahagian dinding kaki Kaabah, di Makkah.

Tinggi Syazarwan dari lantai kira-kira 13 cm sentimeter. Manakala lebarnya 45 cm sentimeter. Binaan Syazarwan memanjang sehingga 3 penjuru Kaabah sahaja iaitu:

  • Binaan daripada Rukun Hajar Aswad sehinggalah ke Rukun Iraqi
  • Binaan daripada Rukun Syami sehinggalah ke Rukun Yemani
  • Binaan Daripada Rukun Yemani sehinggalah ke Rukun Hajarul Aswad sahaja.

Memandang Syazarwan termasuk dalam binaan Kaabah juga, maka tidak sah tawaf bagi seseorang itu meletakkan tangan atau memijakkan kakinya ke atas Syazarwan sepanjang dia melaksanakan tawaf. Di atas Syazarwan juga terletaknya beberapa penyangkuk khas yang digunakan untuk menyangkuk tali-tali kain Kiswah Kaabah.

Rujukan sunting

  • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, m/s 214, cetakan tahun 2007/2008. Terbitan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Buku ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Haji dan Wakaf, Kerajaan Arab Saudi.