Syed Abdullah Hamid Al-Edrus

penulis Malaysia

Syed Abdullah bin Syed Hamid Al-Edrus (lahir di Sampit, Kalimantan Tengah, 11 Julai 1911 – meninggal di Telok Kurau, Singapura, 20 Oktober 1969 pada umur 58 tahun) ialah seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an. Beliau juga menggunakan nama pena Ahmad Lutfi atau Ahmad Luthfi dan Edrus. Beliau juga pengasas kepada majalah Qalam dan syarikat penerbitan Qalam Press yang pernah beroperasi pada 1950 hingga 1969 di Malaysia dan Singapura[1].

Karya sunting

Hasil penulisannya termasuk:-

  1. Anak angkat. Singapura: Qalam Publisher, 1950.
  2. Balik dari medan perjuangan. Singapura: Qalam, 1949.
  3. Bangkai bernyawa. Singapura: Qalam, 1949.
  4. Cukria. Singapura: Qalam, 1949.

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif; Arba'iyah Mohd Noor (10 Disember 2019). "SYED ABDULLAH HAMID AL-EDRUS: PENULIS, PENERBIT DAN PENGASAS QALAM". Jurnal Sejarah. Dicapai pada 12 Mei 2023.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.