Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
YB Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal adalah merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dari Barisan Nasional sejak 2018 menggantikan Idris Ahmad dari PAS.[1] Setelah kerajaan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah keluar dari Barisan Nasional dan UMNO dan menjadi ahli politik bebas.[2] Setelah kerajaan Perikatan Nasional mengambilalih tampuk kerajaan, beliau telah menyertai BERSATU.[3]
Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal DPMP (Prk): AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bukit Gantang, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Idris Ahmad (PAS) |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Mei 2020 – 5 November 2022 | |
Menteri | Ronald Kiandee |
Didahului oleh | Muhammad Faiz Fadzil |
Butiran peribadi | |
Lahir | Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal 29 Julai 1960 Bukit Gantang, Perak |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Muna Mat Ali |
Anak-anak | Syed Amir Nidzamuddin
Syed Afif Fikri Syarifah Alyaa Syed Atif Faiz |
Pekerjaan | Ahli politik |
Syed Abu Hussin merupakan anak jati tempatan yang berasal dari Kampung Kota Barat.
Beliau merupakan bekas Ketua UMNO Bukit Gantang yang membawa pendekatan al-Quran dan Sunnah dalam transformasi kepimpinan.
Selain itu, beliau juga memegang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bermula 1 Mei 2020.
Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1960 di Bukit Gantang Perak dan mendirikan rumah tangga bersama Datin Muna Mat Ali.
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada 9 Mei 2018 mengalahkan penyandang kerusi, Idris Ahmad dari Pas dan Khadri Khalid dari PKR (PPBM). Beliau telah mendapat undian sebanyak 22,450 dan mendapat majoriti sebanyak 4,089 undian.
Kerjaya sunting
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada 1 Mei 2020 bagi menggantikan YB Muhammad Faiz Fadzil.[4]
Keputusan pilihan raya sunting
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada 9 Mei 2018 mengalahkan penyandang kerusi, Idris Ahmad dari PAS dan Khadri Khalid dari PKR (PPBM). Beliau telah mendapat undian sebanyak 22,450 dan mendapat majoriti sebanyak 4,089 undian.[5]
Rujukan sunting
- ^ Keputusan PRU 14 bagi Negeri Perak
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/442357/ahli-parlimen-bukit-gantang-keluar-bn-umno
- ^ Saya masuk Bersatu bukan sebab jawatan: Syed Abu Hussin
- ^ Selamat Datang YB Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal – Pengerusi LKIM
- ^ Keputusan PRU di laman SPR