Datuk Syed Ahmad bin Idid Syed Abdullah (lahir 12 Jun 1938) bekas hakim Mahkamah Tinggi Malaysia yang dipaksa meletakkan jawatannya pada 1 Julai 1996 sewaktu mencuba mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam badan kehakiman Malaysia. Dimungkinkan oleh pertukaran pimpinan negara pada akhir tahun 2003, beliau dilantik sebagai Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) pada tahun 2004.

Datuk Syed Ahmad Idid.




Biografi ringkasSunting

Dilahirkan di Alor Star, Kedah, Syed Ahmad memulakan kerjayanya pada tahun 1957 sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kemudian pada tahun 1960, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah Kastam di Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia. Selepas menyertai kursus undang-undang di Inns of Courts, London, beliau kembali ke Malaysia dengan ijazah barrister-at-law dan bertugas dalam Perkhidmatan Kehakiman sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan kemudiannya di Kuala Lumpur.

Syed Ahmad telah banyak menyumbang kepada pengembangan, pertumbuhan, dan peningkatan profesion pengurusan melalui jawatan-jawatan berikut:

Syed Ahmad kini memainkan peranan yang utama dalam pengasasan sistem dan kemampuan penimbangtaraan kelautan di Malaysia. Oleh itu, Institut Kelautan Malaysia dan anggotanya telah menerima banyak faedah daripada keikatan dan dedikasi beliau terhadap pengembangan proses pengikhtisasan dan penciptaan peluang perniagaan.

Disebabkan oleh pencapaiannya dalam bidang pengurusan, Asian Institute of Management (AIM) dan Federation of AIM Alumni Associations (Persekutuan Persatuan Alumni AIM) telah menganugerahkan Syed Ahmad dengan Alumni Achievement Award (Anugerah Pencapaian Alumni) atau Triple A Award (Anugerah A Tigaan) pada tahun 2006. Anugerah itu diberikan setiap tahun kepada tiga tokoh berdasarkan usaha profesional, keusahawanan, dan pengembangan.

Peristiwa surat kepada Ketua HakimSunting

Syed Ahmad telah dituduh kerana menulis surat layang dakwa rasuah yang membabitkan 12 hakim Malaysia. Menurut Syed Ahmad, beliau cuma mengemukakan butir-butir tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam badan kehakiman kepada Ketua Hakim, Tun Mohd Eusoff Chin, untuk menyiasat dan jika terdapat sebarang bukti, untuk mendakwa mereka yang terbabit. Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, mengatakan bahawa keduabelas-duabelas hakim telah disoal oleh pihak berkuasa dan penyiasatan yang dijalankan itu menunjukkan bahawa dakwaan Syed Ahmad adalah "langsung tidak benar dan tidak berasas". Bagaimanapun, Tan Sri Abu Talib Othman, bekas Peguam Negara, mengatakan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 4 Jun 2006 bahawa tiada sebarang penyiasatan dilakukan tetapi sebaliknya, yang disiasat ialah Syed Ahmad sendiri.

Disebabkan peristiwa itu, Syed Ahmad mengalami banyak kerugian. Selain daripada dipaksa meletakkan jawatannya, beliau juga hilang pencen serta banyak tahun bekerja dalam hayatnya. Seperti yang sering berlaku dengan orang yang menghadapi keadaan yang buruk, sesetengah kawan dan kenalan beliau menganggapnya sebagai diperbuat daripada kaca lut sinar. Dalam waktu yang singkat, Syed Ahmad telah menjadi "Orang Halimunan" (bahasa Inggeris: The Invisible Man).

Pada tahun 2000 ketika menghadiri upacara pengebumian Tun Mohamed Suffian Hashim, Syed Ahmad bertemu dengan Mohtar Abdullah, orang yang memaksa beliau meletakkan jawatan. Mohtar Abdullah mengaku bahawa dia dipaksa berbuat demikian kerana adanya "selaras meriam" pada lehernya. Ketika itu, terdapat juga unsur-unsur yang mendesak supaya Syed Ahmad ditahan di bawah Akta Keselamatan Negara tetapi pihak polis negara enggan berbuat demikian.

Dalam Persidangan Undang-undang Malaysia Ke-12 pada Disember 2003, Syed Ahmad mencadangkan sebuah Suruhanjaya Kehakiman untuk memerhatikan pelantikan, pertukaran, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, dan pemberian ganjaran, serta juga memberikan latihan dan pendidikan lanjutan kepada hakim agar prestasi mereka dapat ditambah baik. Beliau mengemukakan cadangan itu, susulan daripada apa yang telah berlaku kepadanya. Badan Peguam Malaysia kini juga menuntut supaya suruhanjaya tersebut ditubuhkan. Sebenarnya, idea ini bukannya sesuatu idea yang baru kerana suruhanjaya seperti ini telahpun ditubuhkan di Sri Lanka, Thailand, Indonesia, dan Hong Kong.

Selepas kes Perbadanan Enron, kerajaan Amerika Syarikat kini melindungi mana-mana penggerak etika (whistleblower) melalui Akta Sarbanes-Oxley, 2002, manakala United Kingdom telah berbuat demikian menerusi Akta Pendedahan Kepentingan Awam lebih awal lagi pada tahun 1998. Datuk Shaikh Daud, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, kini menyarankan sebuah akta yang serupa untuk melindungi para penggerak etika di Malaysia.

RujukanSunting

Pautan luarSunting