Syed Ameer Ali (1849-1928) ialah sarjana Islam India dan menjadi pensyarah di Universiti Muslim Aligard . Sumbangan beliau begitu bermakna bagi menentang kritikan orientalis barat terhadap Islam terutama isu poligami, perhambaan, hak asasi manusia, pendidikan Islam dan lain-lain. Tulisan-tulisan beliau begitu bermakna, mendalam dan berdasarkan kajian yang konfrehensif.

Beliau turut menandatangani Petisyen Quran 1906 dan menjadi pengasas Liga Muslim Seluruh India dan sezaman dengn Muhamad Iqbal.

Sejarah keluarga sunting

Susur galur Syed Ameer Ali berkait dengan keturunan Imam ke-8, Ali Al-Raza dan seterusnya kepada nabi Muhammad. Nenek moyang memegang jawatan penting semasa Shah Abbas II Parsi dan terlibat semasa Shah Yang Nadir menawan India.

Selepas rampasan Delhi keluarga beliau berkhidmat dengan Muhammad Shah. Moyang lainnya terlibat dalam pertempuran Panipat dengan Marhattas.Apabila datuknya telah mati, bapanya Saadat Ali Khan membawa beliau untuk dijaga oleh bapa saudaranya.

Syed Ameer Ali lahir pada 6 April 1849 di Cuttack , Orissa , India .Anak kelima kepada Syed Saadat Ali. Keluarga mereka pindah ke Calcutta dan ke Chinsura serta bergaul dengan golongan elit di sana.Beliau menerima pendidikan yang disediakan oleh pihak penjajah British.Mendapat ijazah di Universiti Calcutta tahun 1867 dan sarjana jurusan Sejarah 1868. Seterusnya belajar undang-undang pada tahun 1869 dan memulakan khidmat guaaman di Calcutta.

Sejarah lanjut sunting

Beliau berhijrah ke London dan bergaul dengan golongan elit di London dan menerima pemikiran liberal semasa.

1873 beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Tinggi Calcutta setelah kembali ke India.1874 beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Calcutta, India. Kemudian mengajar undang-undang Islam di Presidency College .1878 Syed Ameer Ali menyertai Majlis Perundangan Bengal . 1880 melawat England selama setahun.

1883 menyertai Majlis Gabenor Jeneral India dan menjadi profesor undang-undang di Universiti Calcutta 1881. 1877 mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Muhamadan. Beliau adalah orang India pertama diterima menyertai Privi Council dan menjadi Law Lord.

1910 mengasaskan masjid pertama di London dan menubuhkan Tabung Masjid London dan sentiasa berjuang bagi kepentingan kebajikan orang Islam di London.

1904 bersara dan memutuskan untuk tinggal di England. Akhirnya beliau meninggal pada 4 Ogos 1928 di Sussex, England.


Karya sunting

  • The Spirit of Islam
  • A Short History of the Saracens
  • Muhammadan Law
  • A Critical Examination of the Life and Teachings of Mohammed
  • The Influence of Women in Islam