Syed Arabi bin Syed Abdullah Idid (lahir pada 28 September 1944 [1] di Alor Setar, Kedah, Malaysia) ialah seorang sarjana Malaysia yang berkhidmat sebagai Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau merupakan Rektor UIAM dari 1 Jun 2006 hingga 1 Ogos 2011.


Syed Arabi Idid
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ke-3
Dalam jawatan
1 Jun 2006 – 1 Jun 2011
CanselorSultan Haji Ahmad Shah
Didahului oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan
Digantikan olehProf Dato' Sri Dr. Zaleha Kamaruddin
Butiran peribadi
Lahir28 September 1944
Alor Setar, Kedah, Malaya
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Wisconsin–Madison
PekerjaanPakar komunikasi

Latar belakang pendidikan sunting

Syed Arabi Idid mendapat pendidikan rendah di Sekolah Ibrahim, Sungai Petani dan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Sejarah pada tahun 1968.[2] Pada tahun 1976, beliau telah dianugerahkan dengan ijazah Sarjana Sastera dalam Kewartawanan dari Universiti Wisconsin–Madison. Sepuluh tahun kemudian, beliau lulus dari yang sama sebagai Doktor Falsafah dalam Komunikasi Massa.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan di Bernama dari 1968 hingga 1971. Beliau kemudiannya menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pegawai tadbir dan kemudiannya sebagai pensyarah. Beliau kekal di UKM sehingga beliau menyertai UIAM sebagai profesor pada tahun 1999. Beliau adalah Pendaftar UKM dari 1978 hingga 1981.

Sebelum berkhidmat sebagai Rektori di UIAM, beliau berkhidmat sebagai Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan dari 2001 hingga 2006. Pada 1 Jun 2006, beliau menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan sebagai Rektor UIAM yang keempat. Beliau berkhidmat dengan jawatan tersebut sehingga 1 Ogos 2011.

Rujukan sunting

  1. ^ Merican, A. Murad (30 November 2014). "Journey of social science in Malaysia". New Straits Times. Dicapai pada 4 August 2018.
  2. ^ Malaysia (2013). Transformasi Perkhidmatan Awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Department of Information, Malaysia. m/s. 60.