Syed Danial Syed Ahmad

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau turut memainkan peranan penting ketika pelantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong kali kedua. [1] Tan Sri Syed Danial dilahirkan pada 30 November 1944 (14 Zulhijah 1363H) di Georgetown, Pulau Pinang. Semasa kecilnya, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai, Pulau Pinang. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak dan seterusnya menuntut di Universiti Malaya (BA Hons. 1967), Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan akhir dalam bidang akademiknya di luar negara iaitu di Universiti of Wisconsin, Madison, USA (MA.1976).


Syed Danial bin Syed Ahmad

P.S.M., S.P.S.K., S.S.A.P., D.P.M.S., D.M.P.N., P.S.D., D.S.P.N., D.P.M.P. (Perlis), P.C.M., K.M.N., P.P.M.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Memegang jawatan
10 Januari 2011 (12 tahun, 2 bulan dan 17 hari)
RajaSultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (2006-2011)
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (2011-2016)
Sultan Muhammad V (2016-2019)
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-kini)
Perdana MenteriNajib Razak (2009-2018)
Tun Dr. Mahathir Mohamad (2018-2020)
Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
Dato Seri Anwar Ibrahim (2022-kini)
Didahului oleh Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
Butiran peribadi
LahirSyed Danial bin Syed Ahmad
(1944-11-30) 30 November 1944 (umur 78)
Georgetown, Pulau Pinang
KewarganegaraanMalaysia
PekerjaanPegawai Kerajaan

Tan Sri Syed Danial pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan (PTD) selama 32 tahun di pelbagai Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan (Mei 1967 – Disember 1999) termasuk di Sabah, Sarawak, Perak, Kedah dan Perlis. Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara bermula daripada tahun 2002 hingga 2004 dan seterusnya sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004 hingga 2006. Beliau juga dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini ialah Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah dari Besut, Terengganu.

Pengumuman puasa 2012Sunting

Pada 19 Julai 2012, selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia pada 2012 telah ditetapkan pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Titah perintah Yang di-Pertuan Agong telah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman beliau itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.[2]

Darjah kebesaranSunting

Beliau telah dianugerahkan:

RujukanSunting

  1. ^ Sultan Kedah catat sejarah
  2. ^ Umat Islam di M'sia mula berpuasa Sabtu ini
  3. ^ "103 dikurnia Darjah Kebesaran Persekutuan". Utusan Online. 9 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-28. Dicapai pada 28 September 2017.
Jawatan lain
Didahului oleh
Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
2011
Pemegang jawatan kini