Sein Qudsi

Penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia
(Dilencongkan dari Syed Hussein Bin Syed Mustafa)

Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsy (lahir 29 Jun 1983), lebih dikenali sebagai Sein atau Sein Qudsi, merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia berketurunan Melayu-Arab. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak 1998 menerusi kumpulan M.O.B yang turut dianggotai oleh Shaheizy Sam, seterusnya bersama kumpulan Ruffedge. Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai Sein turut menceburi bidang lakonan dengan membintangi sitkom Spanar Jaya sebagai Razlan di ntv7.

Syed Hussein
Kelahiran
Syed Hussein bin Syed Mustafa

(1983-06-29) 29 Jun 1983 (umur 40)
Nama lainSein Qudsi
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif1998–kini
PasanganNoor Diyana Muhammad (k. 2006)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenreHip hop, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
M.O.B, Too Phat, Ruffedge, Syafinaz Selamat

Pada 2013, beliau mengarahkan filem pertamanya, Langgar.[1]

Kehidupan awal sunting

Syed Hussein dilahirkan pada 29 Jun 1983 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Kehidupan peribadi sunting

Syed Hussein telah mendirikan rumahtangga dengan Noor Diyana "Nana" Muhammad pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata (lahir pada tahun 2007 dan 2009).

Nana pernah menyertai program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005 dan berjaya ke peringkat separuh akhir.

Pasangan tersebut pernah menyertai program realiti tarian terbitan Astro iaitu Sehati Berdansa bagi musim ketiga dan telah muncul sebagai juara.

Pasangan tersebut telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember 2010 tetapi telah rujuk semula sebelum tamat tempoh edah.

Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata ketiga pada Februari 2014 dan keempat pada bulan Disember 2019.

Diskografi sunting

Pada tahun 1998 hingga 2004 beliau merupakan anggota kumpulan hip hop tempatan, M.O.B. Kemudian pada tahun 2005 beliau menyertai kumpulan Ruffedge menggantikan tempat Mode sehingga tahun 2007, sebelum membuat kemunculan semula pada tahun 2018.

Album bersama M.O.B
  • Members of Blood (1999)
Album bersama Ruffedge

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003–2005 Spanar Jaya Razlan NTV7 pelakon utama
2010 Adam Maya[2] Adam TV3
2012 Ariana Mikhail[3] Mikhail TV9
2021 Black (Musim 2) Viu Sebagai pengarah bersama
2022 Hilang

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Tongkah Arus Dosa Ustaz Faris TV9
2012 Semadikan Aku Sani TV3
Lelaki Ku Emran TV2
Salahkah Aku Adam TV3
2013 Strawberi & Karipap Fareez Astro Ceria

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Tipah Tertipu The Movie Sein Filem pertama
2008 Sepi
2013 Langgar Juga sebagai pengarah dan penulis skrip
PSIKO : Pencuri Hati Dr. Khai
Balada Pencinta Boy
2014 Penculikan Amar Affendi Sebagai pengarah dan penulis skrip
2015 Bangunan Sebagai pengarah bersama
2019 Till Death: Azalea's Wrath Sebagai pengarah dan penulis
2020 Bulan dan Pria Terhebat Ricky Sebagai penerbit
2024 Padang Kertas Sebagai pengarah bersama

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Ifqdar Abdul Rahman (20 September 2011). Langgar 'bayi' sulung Sein Diarkibkan 2018-02-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Oktober 2011.
  2. ^ http://www.tv3.com.my
  3. ^ Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

Pautan luar sunting