Usop Wilcha
Syed Mohamad Asri bin Syed Zainal Abidin Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha atau Shy8 (lahir 27 September 1965)[1] merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia.[2] Dilahirkan di Ipoh, Perak, beliau telah membintangi beberapa drama dan filem dan sering kali membintangi drama dan filem arahan pengarah Mamat Khalid. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad, dan masih meneruskan kerjaya profesional beliau itu.
Usop Wilcha | |
---|---|
Kelahiran | Syed Mohamad Asri bin Syed Zainal Abidin Jamalullail 27 September 1965 |
Nama lain | Syed Mohamad Asri, Shy8, Usop Wilcha |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Noorafizah Abdul Aziz |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Scha Al-Yahya (anak saudara) |
Usop memulakan kerjaya muzik pada 1996 apabila beliau mengeluarkan satu-satunya album studio beliau, Terasing di Bumi Sendiri yang memuatkan single dengan judul sama yang digunakan sebagai lagu tema kempen anti AIDS. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada pelakon, Scha Al-Yahya[3]
KerjayaSunting
MuzikSunting
Beliau memulakan langkah seni dengan menjadi penyanyi dan sempat melahirkan sebuah album bertajuk Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat Ambang Klasik pada 1996. Walau bagaimanapun, percubaan beliau tidak berjaya dan hanya bertahan kurang daripada setahun. Lagu "Terasing di Bumi Sendiri" nyanyian beliau menjadi lagu tema bagi kempen anti AIDS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan muzik videonya juga disiarkan di RTM dan TV Pendidikan. Beliau juga menyanyikan lagu ini secara langsung dalam rancangan Muzik Muzik di TV3.
LakonanSunting
Selepas gagal dalam bidang nyanyian, beliau menumpukan kepada bidang lakonan dan akhirnya beliau berjaya mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama. Perkenalan beliau dengan pengarah Mamat Khalid membawa lembaran baru bagi beliau brjaya mendapat tawaran berlakon beberapa drama arahan beliau.
Dalam filem, beliau mendapat watak kecil dalam filem Man Laksa. Dari situ, karier lakonan beliau semakin cerah selepas melakonkan watak bekas penari kebudayaan bernama Usop dalam Zombi Kampung Pisang. Populariti beliau meningkat selepas filem pecah panggung arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah, denga memegang peranan yang sama tetapi berkerusi roda. Hasil lakonannya, beliau tercalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.
Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama siri, Cer Citer....
RadioSunting
Pada pertengahan 2011, beliau mendapat tawaran sebagai penyampai radio untuk Hot FM apabila aksi beliau semasa ABPBH 2010 mendapat perhatian ramai. Beliau bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail, dan AG mengisi slot Hot FM AM Krew dan keudara pada 6-10 pagi, Isnin hingga Jumaat.
Kini, beliau telah menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio. Beliau ingin menumpukan perhatian bersama keluarga dan masih meneruskan kerja-kerja beliau dan meneruskan pengambaran filem bersama Mamat Khalid.
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berkahwin dengan Noorafiza Abdul Aziz dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Caliph Umar.[4]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Man Laksa | Pelakon pentas | Filem pertama, pelakon tambahan |
2007 | Zombi Kampung Pisang | Usop | |
2010 | Hantu Kak Limah Balik Rumah | Usop @ Usop Wilcha | |
2012 | Cinta Kura-Kura | Atok (suara) | |
Adik Manja Returns | Pelumba Playboy | Penampilan khas | |
Kahwin 5 | Kassim Sameon @ Dr. K | ||
2013 | Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Usop | |
Gangster Celop | Pegawai Polis | ||
KL Zombi | Bro Khalid | ||
2014 | Zombie Kilang Biskut | Usop | |
Hantu Nan Sempit | Tok Laris | ||
2015 | Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh | Usop | |
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium | Usop | ||
2016 | Radhi Rudy Bin Dadu | Al Kaseem | |
2020 | Tyickoouns | Tycoon Baha |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006–2008 | Dunia Baru | Uncle Zuhal | TV3 | |
2011 | Gerak Khas (Musim 13) | Dato’ Ramli | TV2 | Episod: "Orang Hilang" |
2012 | Miss Octopus | Profesor Hamdan | TV3 | Penampilan khas |
2013 | Demi Dia | Tan Sri Puteh | ||
2017 | Misteri Wan Peah | Tok Hashim | ||
Seharum Mawar | Tuan Jamal | TV1 | ||
2018 | Tok Adi | Astro Oasis | Penampilan khas | |
2021 | Ali Alia | Dato Khalil | Astro Prima | |
2022 | Cinta Amnesia | Yusof | TV3 | |
2023 | Imam Instant Ustazah Scammer | Tok Jamlus | Astro Ria |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Abang Long vs Kak Yong | TV3 | |
2023 | Hello Suri | Tok Ketua |
RadiografiSunting
RadioSunting
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2011–2012 | Rancangan Hot FM AM Krew | Hot FM |
DiskografiSunting
- Terasing di Bumi Sendiri (1996)
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Festival Filem Malaysia ke-23 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ PM ucap selamat hari lahir kepada Usop Wilcha Berita Harian. 27 September 2019. Dicapai pada 9 Julai 2020.
- ^ Populariti Usop Wilcha punca waktu Shy8 dengan keluarga terhalang mStar Online. 9 Ogos 2012. Dicapai pada 9 Julai 2013.
- ^ Mari berkenalan dengan Usop Wilcha Dicapai pada 1 April 2011.
- ^ Siti Mariam Elias (7 Jun 2012). Usop Wilcha teruja pertama kali bergelar bapa pada usia 45 Sinar Harian. Diperoleh pada 15 Jun 2015.