Syed Mohd. Azlan bin Syed Amirruddin

Biografi sunting

Syed Mohd Azlan bukanlah nama baharu dalam industri nasyid Malaysia. Beliau pernah menganggotai kumpulan Rast yang bernaung di bawah Telaga Biru Sdn Bhd suatu ketika dahulu sebelum kumpulan itu dibubarkan. Tidak pernah kenal erti kalah, perjalanan seni Syed Mohd Azlan atau lebih mesra disapa Alan diteruskan apabila beliau menerima pelawaan daripada Hijjaz Records untuk menyertai kumpulan remaja paling popular ketika itu, UNIC.

Tatkala namanya menjulang tinggi bersama UNIC, peminat dikejutkan dengan berita pengunduran Alan dari kumpulan UNIC yang sudah semakin sinonim dengan dirinya. Beliau memilih jalan yang sukar pada waktu itu demi kebaikan semua pihak dan segala desas-desus pengunduran Alan dari UNIC terus tinggal tanda tanya dikalangan peminat sehingga hari ini.

Pada akhir tahun 2012, Alan kembali ke pangkuan UNIC untuk membangunkan syarikat yang di beri nama UNICDOTMY PRO Sdn Bhd. Disitu beliau ditugaskan untuk mengawal operasi syarikat dan dalam masa yang sama bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PR) menguruskan aktiviti promosi artis-artis.

Sekali lagi, Alan mengambil keputusan untuk berhijrah, kali ini ke Inteam Records sebagai PR & Social Media pada November 2013. Di Inteam Records antara artis yang telah dikendalikan antaranya Inteam, Fareast, Farid Sanullah, The Muhibbain, Lah Ahmad, Raef, Opick & ramai lagi.

Kini beliau bertugas sebagai Head of PR di Arteffects International milik Hafiz Hamidun bermula Februari 2015 & pengurus peribadi Farid Sanullah. DIkenali juga sebagai AzlanAlbukhary di Social Media