Syed Mohd Bakri Syed Ishak

Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed ialah seorang pendakwah di Malaysia yang telah memenangi dan dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Islamik terbitan Astro Oasis, Pencetus Ummah musim ke 3 pada 2015[1]. Semasa beliau menyertai rancangan tersebut, beliau merupakan guru bahasa Arab[2] di Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Said Tambahan, Ipoh, Perak. Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai guru pada 31 Mei 2021 selepas berkhidmat selama 12 tahun[3]. Beliau berhenti sebagai guru bagi memberi tumpuan kepada perniagaan, penulisan buku-buku, menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah bermula Oktober 2021 dan mentadbir Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ yang dibangunkan dan diasaskan oleh beliau pada tahun 2018 yang lalu. Selain itu beliau juga sedang dalam usaha bagi mengembangkan lagi Maahad yang beliau asaskan dengan membina sebuah Kompleks Baitul Dhiya’ yang sedang dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada tahun 2023 nanti.[3].

Syed Mohd Bakri Syed Ishak
Kelahiran
Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak

1982
Nama lainPU Syed
PekerjaanPenceramah, guru, usahawan
Tahun aktif2015–kini
Terkenal keranaJuara Pencetus Ummah 2015

PendidikanSunting

Syed Mohd Bakri memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Balok (1989 - 1994), Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah, Maran (selama 1 bulan) dan Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Kelantan (1995-2000). Di peringkat pengajian tinggi, beliau memperoleh Diploma Pengajian Islam (Syariah Islamiah) dari Kolej UNITI Port Dickson (2001-2003), kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah (2003-2005). Sekembalinya ke Malaysia, beliau mengambil diploma di Institut Perguruan Ipoh dan memperoleh Diploma Perguruan Bahasa Arab (2007-2008). Ketika beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya di peringkat Sarjana pada tahun 2015, dalam masa yang sama beliau telah menyertai program ‘Pencetus Ummah Musim ke 3’. Dan pada tahun 2018, beliau telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Syariah dengan cemerlang (2015-2018).

PenulisanSunting

Syed Mohd Bakri juga menghasilkan beberapa penulisan, antaranya:

  • Syed Mohd Bakri Syed Ishak Al-Baloki (2012). Puasa: Permasalahan & Jawapannya. Fazmin Niaga.
  • Syed Mohd Bakri Syed Ishak Al-Baloki. Faraidh: Permasalahan dan Jawapannya.
  • Syed Mohd Bakri Syed Ishak Al-Baloki. Indahnya Beradab Dengan al Quran dan Ahli al Quran.
  • Syed Mohd Bakri Syed Ishak Al-Baloki. Mendamba Keberkatan Hidup Dan Kelebihan Beristighfar.
  • Syed Mohd Bakri Syed Ishak Al-Baloki. Khalifah Saidina Abu Bakar As- Sidiq RA.
  • Syed Mohd Bakri Syed Ishak Al-Baloki. Tujuh Golongan Mulia di Bawah 'Arash Allah.

RujukanSunting

  1. ^ Rozdan Mazalan (27 November 2015). "Syed Mohd Bakri juara PU 2015". Berita Harian. Dicapai pada 25 September 2021.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 November 2015). "Tuah guru bahasa Arab". Harian Metro. Dicapai pada 25 September 2021.
  3. ^ a b Zulhilmi Jalil (8 Oktober 2020). "Bukan Tak Sayang, PU Syed Tekad Tinggalkan Profesion Tetap Sebagai Guru". Gempak. Dicapai pada 25 September 2021.